Tuchel Tak Teragak Agak Mahu Beli Maguire Jika Tak Dapat Fofana

Chelsea terus bergelut untuk mendapatkan pemain pertahanan Leicester, Wesley Fofana pada jendela perpindahan kali ini.

Walaupun sudah mendapatkan Koulibaly, namun Tuchel masih mahukan seorang lagi bek tengah.

Nama Fofana sudah menjadi sasaran Chelsea sejak awal lagi. Di mana beberapa bidaan sudah dilancarkan Chelsea tetapi ditolak oleh Leicester.

Leicester berkeras meminta £80 juta untuk Fofana. Ini kerana mereka menjual Harry Maguire sekitar £85 juta kepada Manchester United beberapa tahun lalu. Maka mereka mahukan nilai yang hampir sama.

Fofana dilaporkan sudah meminta untuk dijual ke Chelsea. Dengan Brendan Rodgers baru baru ini mengarahkan pemain itu berlatih dengan skuad B-23 mereka kerana Fofana ternyata benar benar mahu ke Chelsea.

Fofana terlepas tugasan EPL minggu lalu dan dijangka akan terlepas lagi tugasan minggu ini.

Brendan Rodgers menyatakan bahawa beliau mahu pemain itu kekal. Kecuali Chelsea menawarkan harga £80 juta baru mereka boleh membeli Fofana.

Melihatkan situasi Fofana yang nampak sulit dan rumit. Thomas Tuchel sedia untuk mengaktifkan pelan alternatif. Di mana beliau mahu beralih kepada Harry Maguire.

Pemain itu baru baru ini digugurkan daripada kesebelasan utama berdepan dengan Liverpool.

Tuchel sebelum ini pernah mencadangkan agar Man United menyertakan Harry Maguire dalam rundingan Christian Pulisic. Di mana Red Devils dikatakan berminat dengan Pulisic.

Tetapi United tiak mahu menerima cadangan itu. Erik Ten Hag masih sayangkan kapten Manchester United itu. Sebelum ini Ten Hag menganggap Harry Maguire sebagai antara pemain penting dan berjasa kepada Manchester United.

Namun buat masa ini, masih belum ada rundingan rasmi dibuat antara Manchester United dengan Chelsea berkaitan dengan Harry Maguire.

Pemain antarabangsa England itu juga dijangka akan mahu terus kekal di Manchester United.

Chelsea masih menjadikan Fofana sebagai keutamaan tertinggi mereka pada masa ini.

Selain daripada Fofana, Chelsea masih aktif memburu penyerang baharu. Ini selepas Tuchel menyatakan bahawa pasukannya memerlukan penyerang yang bagus di hadapan gol.

Chelsea sudah melepaskan Lukaku dan juga Timo Werner pada jendela perpindahan yang sama kali ini. Dan ianya membuatkan mereka harus mencari penyerang baharu.

Baca yang lain