Tular Video Dembele Rasis Dengan Orang Asia Sambil Mencarut

“Mengejutkan, ketika mereka meraih perhatian dunia agar bersolidariti untuk mereka ketika kempen BLM, Dembele pula memperlekeh orang lain secara rasis,” kata seorang pengguna media sosial.

Satu video tular di media sosial menunjukkan pemain Perancis dan Barcelona, Ousmane Dembele mempersenda kakitangan dan juruteknik hotel tempat mereka menginap. Juruteknik dan pegawai tersebut berbangsa Asia dan Dembele telah mempersenda penampilan serta perwatakan staf tersebut.

Video tersebut memaparkan Dembele dan Griezmann sedang melihat staf tersebut yang cuba memperbaiki tv di kamar hotel mereka.

Dembele adalah pemain yang dipercayai merakam video tersebut dan berkongsi di ‘Snapchat’ – dia merakam gambar budak Asia itu dan Griezmann.

Dembele berkata: “Ni semua wajah wajah hodoh, hanya untuk kita main PES [Pro Evolution Soccer], tak malu ke?”

Dembele ketawa ketika merakam aksi aksi beberapa orang Asia di hadapannya.

Dembele kemudian mempersendakan bahasa staf tersebut. “Ok fxx, apa jenis bahasa kau pakai tu? Bukankah kau ni patut membangun sekali sebagai satu negara?”

Lalu kamera kemudian ditujukan kepada Griezmann beberapa kali. Griezmann tersenyum jahat ketika memberikan reaksi ke atas Dembele. Ousmane Dembele kemudian mengekek ketawa bangga dengan lawaknya sendiri.

Video tersebut membuatkan ramai marah dengan Dembele dan Griezmann. Mereka turut meminta kedua dua pemain itu memberikan penjelasan.

Daily Star Sport sudah meminta komen daripada Barcelona dan juga FA Perancis berkenaan dengan video tersebut.

Tidak pasti sama ada ini adalah ketika aksi Euro 2020. Kerana gaya rambut Griezmann dilihat agak berbeza dengan gaya rambutnya di Euro kali ini.

Menurut laporan sebuah media di Belanda. Kejadian tersebut berlaku pada 2019, ketika Barcelona mengadakan lawatan ke Jepun dalam aksi pra musim.

Jika laporan itu benar, maknanya ketika itu Griezmann baru sahaja menyertai Barcelona daripada musuh setempat mereka Atletico Madrid. Dan mungkin ketika itu Dembele saja nak minta puji sebagai pemain senior dengan memperlekehkan orang lain kerana merasakan dia terlalu sempurna.

Ini bukan pertama kali Griezmann terlibat dalam kontroversi rasis. Pada 2017, Griezmann mendapat kritikan hebat selepas berpenampilan dengan wajah berwarna gelap sebagai pemain NBA.

Namun ada juga yang mempertahankan Griezmann yang menurut mereka jelas sekali dia bukan rasis. Dia cuma dalam keadaan tersepit ketika kawannya cuba membuat lawak.

Roy Nemer meminta Griezmann dan Dembele dibuang daripada kelab. Namun seorang pengguna lagi berkata:

“Griezmann jelas sekali tidak rasis. Dia dalam keadaan sukar di mana rakan karibnya menyatakan sesuatu yang dia sendiri tak setuju tetapi tidak mahu melukakan hati awaknnya.”

“Dia melakukan kesilapan, dia harus terus bercakap [menegur] namun kalau nak salahkan dia agak melampau. Senyuman dia pun nampak terpaksa je tu.”

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.