Tunang Wartawan Minta EPL Sekat Pemilikan Mohammed Bin Salman

Tunang kepada wartawan yang dibunuh – Jamal Khashoggi – telah mendesak Liga Perdana Inggeris untuk menghalang pertukaran pemilikan Newcastle oleh Putera Mahkota Mohammed Bin Salman.

Khashoggi merupakan wartawan yang lantang mengkritik dasar kerajaan Arab Saudi telah dibunuh pada 2018 di kedutaan Arab Saudi di Turki.

Ketika itu Jamal pergi ke kedutaan Arab Saudi pada 2 Oktober 2018, untuk mendapatkan dokumen sokongan bagi mengahwini tunangnya

Penyiasat percaya bahawa ketika dia menunggu di luar, dia telah dibunuh dan jenazah Khashoggi tidak pernah dijumpai.

Pembunuhan mengerikan itu mengejutkan dunia dan Pelapor Khas PBB, Agnes Callamard mengatakan terdapat bukti yang boleh dipercayai bahawa Putera Mahkota Mohammed dan pegawai tinggi Arab Saudi yang lain bertanggungjawab secara individu.

Sebuah mahkamah di Arab Saudi tahun lalu menjatuhkan hukuman mati kepada lima orang dan memenjarakan tiga yang lain atas pembunuhan itu.

Turki secara berasingan telah mengenakan pertuduhan terhadap 20 suspek di atas pembunuhan tersebut.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman yang dikaitkan dengan tuduhan mengarahkan pembunuhan tersebut telah menafikan penglibatan beliau.

Newcastle United bakal menjadi milik Putera Mohammed Bin Salman yang menggunakan dana berdaulat Saudi untuk memiliki 80% pegangan saham.

Namun beberapa minggu lalu sudah ada pihak yang menentang pemilikan tersebut. Ini kerana menurut mereka Mohammed bin Salman cuba menggunakan Newcastle untuk membersihkan nama dan reputasinya.

Saudi Arabia sebelum ini terkait dengan isu tayangan Liga Perdana Inggeris secara haram di negara mereka selepas mereka tidak sehaluan dengan BeIN.

Ini kerana BeIN adalah gergasi penyiaran bdari Qatar. Arab Saudi sudah umumkan mereka memutuskan semua urusan diplomatik dengan Qatar.

Selain itu, Amnesty juga membangkitkan isu hak asasi manusia yang dicabuli di Arab Saudi.

Kini, Peguam kepada Hatice Cengiz (tunang Khashoggi) bercakap bagi pihak beliau.

Dan peguam tersebut berharap Liga Perdana Inggeris tidak sesekali membenarkan pemilikan itu diteruskan.

Dalam surat aduan rasmi kepada EPL, peguam tersebut menyatakan bahawa, Liga Perdana Inggeris tidak sepatutnya memberikan sebarang ruang untuk individu seperti Mohammed Bin Salman brother di dalam liga yang berprestij itu.

Kata beliau lagi: “Kemegahan EPL dan bola sepak Inggeris secara umumnya akan terhapus apabila anda ada kaitan dengan mereka yang melakukan jenayah berat dan kemudian menggunakan kamu untuk memutihkan mereka.”

“Dan mereka menggunakan liga Inggeris untuk menaikkan reputasi mereka serta menyembunyikan salah laku mereka.”

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari