Twitter Minta Maaf Kepada Phil Jones Selepas Tweet Berbaur Hinaan

Salah satu akaun rasmi Twitter di UK iaitu @TwitterUK, dilaporkan telah meminta maaf kepada bintang Manchester United dan Phil Jones di atas ketelanjuran mereka.

Permohonan maaf tersebut dibuat berikutan tweet mereka yang dianggap menghina pemain tersebut sedangkan mereka merupakan akaun rasmi Twitter.

Sebelum itu, akaun tersebut memuat naik jenaka tentang Jones pada Rabu lalu.

Troll yang biasa digunakan oleh peminat bola sepak termasuk penyokong Man United sendiri. Namun apabila akaun rasmi Twitter menggunakannya, ianya dianggap tidak profesional.

Jelas sekali ia satu perlecehan dan penghinaan ke atas Jones. Twitter dianggap melampaui batas profesionalisme di dalam hal tersebut.

Twitter UK tersebut menulis: “Namakan pemain bola sepak yang lebih baik daripada Phil Jones.”

Tweet yang mereka anggap kelakar itu akhirnya mengundang kritikan dari kem Manchester United.

Walaupun tidak lama kemudian, akaun @TwitterUK segera menghapuskan tweet tersebut.

Menerika kritikan di atas tindakan itu itu, Twitter segera memberikan pernyataan maaf secara rasmi.

Melalui jurucakap mereka, Twitter meminta maaf kepada Manchester United dan pemain tersebut.

Twitter menyatakan mereka mahu menguji fitur terbaru yang mereka lancarkan dan menggunakan nama Phil Jones untuk jenaka.

“Bukan niat kami untuk mengundang kemarahan. Setelah menyedari kesalahan itu, kami segera menghapus tweet tersebut, ” kata seorang jurucakap Twitter, yang dilaporkan oleh BBC Sport.

Musim ini, Phil Jones menghadapi masalah untuk bermain beberapa minit dengan ‘Red Devil’ kerana faktor kecergasan.

James Ducker dari Telegraph mengecam tindakan Twitter tersebut dengan menyatakan ianya adalah salah satu contoh pihak yang cuba sedaya upaya memperlekehkan Phil Jones walaupun pemain itu tengah bergelut untuk cergas sepenuhnya.

Phil Jones merupakan pemain yang beraksi sudah lama bersama Man United.

Dan kini beliau perlu berusaha keras untuk mendapatkan semula tempat dalam kesebelasan utama. Berikutan prestasi cemerlang Lindelof dan Maguire di barisan bek tengah.

Baca yang lain