Ucapan Harijadi Ronaldo Fenomeno Buat Ronaldinho Yang Menyentuh Perasaan

21 Mac merupakan harijadi sang legenda Ronaldinho Gaucho. Pemain yang dianggap terbaik pada generasinya.

Ronaldinho merupakan pemain no.10 Brazil yang penuh artistik dan ketajaman.

Bekas gandingan emasnya satu ketika dahulu iaitu Ronaldo Fenomeno / R9 telah mengucapkan selamat harijadi buat sahabatnya.

Ucapan yang agak ringkas namun sangat bermakna daripada salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman.

Ronaldo menulis di facebooknya: “Selamat harijadi! Semoga kamu berjaya menang perjuangan sukar dalam hidup kamu dengan keceriaan seperti biasa.”

Ucapan itu adalah sokongan kepada rakannya yang kini melalui fasa paling sukar di dalam hidupnya.

Ronaldinho memang dikenali dengan seorang yang ceria dan sentiasa tersenyum.

Malah ketika ditahan dipenjara sekalipun, beliau menyembunyikan kesedihan dan kesugulannya dengan senyuman.

Ronaldinho dan Ronaldo pernah membentuk pasukan Brazil yang sangat digeruni pada satu ketika dahulu.

Ketika era di mana bola sepak tergilakan zaman yoga bonito dan samba Brazil yang sebenar.

Misalnya skuad Brazil 2006 ini yang serba serbi lengkap. Ronaldo, Ronaldinho dan Kaka, kerap berada di atas padang bersama-sama sebagai 3 pemenang Ballon d’Or yang berbeza.

Ronaldinho dan Ronaldo Fenomeno merupakan antara 2 pemain yang sentiasa menjadi tarikan utama ketika menonton bola sepak.

Kedua-duanya membuatkan penonton bola sepak melihat bola sepak itu terlalu mudah, walaupun hakikatnya berbeza.

Ronaldinho menempa namanya dengan pasukan Barcelona, selepas berpindah dari PSG.

Beliaulah nama yang telah menjadikan Barcelona menjadi luar biasa dan memenangi banyak gelaran yang ada sepanjang beliau di sana.

Ronaldo pula pernah menempa nama dengan Barcelona, namun kariernya lebih diingati ketika di Inter Milan dan bersama galaticos.

Entah kenapa beliau meninggalkan Barcelona terlalu awal di dalam kariernya. Namun harus faham juga, ketika itu Serie A adalah liga terbaik di dunia.

Di peringkat global kita pastinya mengingati gerakan luar biasa beliau. Trik flip flap, no look pass dan segala macam trick yang ada.

Beliau sangat dedikasi bila di dalam padang dan bukan kaki insiden. Skil beliau sangat semulajadi. Dia memiliki balance untuk melakukan gol dan assist.

Boleh melakukan gol daripada pelbagai jarak dengan kedua dua kaki serta vision play luar biasa dab tak tercapai akal.

Anugerah terbesar pastilah 2 kali FIFA Player Of The year dan 1 Ballon D’ or . Terlalu banyak penghargaan individu lain.

Pemain ini adalah definisi sebenar artistik dalam bolasepak.

Menghiburkan kita dengan aksi seorang artis di padang. Membuatkan jutaan manusia di dunia cuba membayangkan diri mereka sebagai R10 bila bermain dengan rakan rakan tak kira bola padang atau futsal.

Pemain yang sentiasa rendah diri dan dihormati kawan dan lawan. Beliau cuma ada satu Ronaldinho selamanya.

Selamat harijadi buat Ronaldinho.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di