UCL: Neymar Tak Terfikir Ada Pasukan Mampu Singkirkan Mereka

Neymar dan Paris Saint-Germain (PSG) hampir tersingkir oleh Atalanta dari Liga Juara-Juara pada awal pagi tadi waktu Malaysia.

Les Parisiens ketinggalan satu gol sehingga minit ke-89 dalam perlawanan tersebut.

Namun, dua gol dari Marquinhos dan Eric Maxim Choupo-Moting mengubah keadaan. Hasil daripada kemenangan itu, PSG mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

UCL merupakan sasaran utama PSG dalam kalendar musim mereka.

Walaupun Neymar perlu berjuang hingga minit terakhir perlawanan untuk memenangi perlawanan, namun Neymar mengakui bahawa penyingkiran tidak pernah terlintas di fikirannya.

Neymar menyatakan beliau sentiasa yakin tidak ada pasukan yang akan menghalang mereka daripada pergi ke final pada musim ini selepas 2 musim terakhir PSG kecewa gagal melakukannya.

Walaupun tidak menjaringkan sebarang gol namun Neymar menunjukkan aksi terbaiknya dalam perlawanan ini.

Malah Neymar dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan kerana sumbangan pentingnya dalam 2 gol PSG.

Tetapi Neymar memutuskan untuk memberikan trofi MOTM itu kepada Choupo Moting yang menjadi penjaring kemenangan PSG.

“Saya tidak pernah memikirkan bahawa kami akan tersingkir,” kata Neymar.

“Tidak ada yang mampu menghentikan saya untuk berfikir bahawa kami akan mara ke final. Ini adalah permainan yang sukar, tetapi kami membuktikan diri sebagai keluarga dan pasukan yang hebat.”

“Tidak mungkin untuk berfikir bahawa kami akan tersingkir,” tambahnya.

Walaupun begitu, Neymar mengakui bahawa Atalanta adalah lawan yang sukar. Menurut Neymar, perlawanan Atalanta vs PSG adalah meletihkan secara mental.

“Mereka bermain dengan agresif. Kami tahu mereka akan terus menekan segera setelah kami berpeluang menjaringkan gol,” kata penyerang Brazil itu.

“Kami bangga dan gembira dengan pencapaian ini. Perlawanan itu luar biasa. Sekarang kami perlu berehat kerana permainan ini sangat meletihkan secara mental.”

“Satu lagi perlawanan sukar menanti kami. Kami harus membuat persiapan penuh untuk menghadapi perlawanan itu,” sambungnya.

PSG kini sedang menunggu pemenang pertandingan Leipzig vs Atletico Madrid di separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Sementara perlawanan separuh akhir yang lain akan diisi oleh pemenang dari Barcelona vs Bayern Munich dan Manchester City vs Lyon.

Sama seperti peringkat suku akhir, separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah 2019/20 akan diadakan tanpa perlawanan kedua – sekali jalan je.

Ini kerana isu wabak yang melanda dunia.

Adakah akhirnya PSG akan menjuarai Liga Juara Juara Eropah musim ini? Selepas berbelanja ratusan juta Euro untuk membentuk pasukan mereka.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di