Ulasan Ringkas: Walaupun Kalah, Penang Berikan Saingan Terpuji Kepada Juara Bertahan

Ianya mengambil masa lebih sejam dua puluh satu minit untuk JDT akhirnya menemui gol pertama mereka. Itupun selepas penjaga gol Pulang Pinang, Sam Sommervile melakukan kesilapan. Secara keseluruhan dia bermain baik.

Selepas  itu, Fernandon Rodrigues menjaringkan gol kedua pada minit ke-85, kira kira 4 minit selepas gol pertama.

Pulau Pinang sebenarnya hadir dengan status pasukan promosi ataupun baru naik liga, jadi mereka sedar, untuk balik dengan sebarang mata dari JDT adalah sesuatu yang besar. Ternyata mereka memberikan saingan dan tentangan dengan keberanian mereka.

Pulau Pinang memiliki nilai yang baik dari sudut bola sepak. Mereka bertahan dengan baik berdepan pasukan ultra offensive dan mereka mencipta beberapa peluang besar dalam perlawanan ini. Cuma tak disudahkan.

Boleh dikatakan JDT merasai tekanan daripada disiplin Pulau Pinang. Di mana beberapa pemain JDT melakukan bentesan dan kad kuning kerana mereka semakin tertekan untuk mendapatkan keputusan perlawanan.

Namun risiko yang dihadapi oleh pasukan yang sit deep berdepan dengan pasukan yang menyerang seperti JDT adalah error. Kadangkala melakukan foul ataupun handball dan sebagainya. Samuel Sommervile keluar untuk memenangi bola namun gagal. Peraturan untuk penjaga gol, kalau keluar, kena menang bola. Dan penalti diberikan.

Leandro mengendalikan situasi dengan baik, dengan penalti yang tinggi ke sisi, bukan mudah nak melakukannya dalam tekanan yang JDT ada.

Seterusnya, Pulau Pinang terus memberikan respon, cuma tak masuk. Dan gol kedua JDT tiba kerana JDT akhirnya lega bahawa mereka sebenarnya boleh mendapat sesuatu daripada perlawanan ini. Orang kata bola sepak taklah kejam untuk mereka kali ini. Cabrera melakukan chop yang mencipta ruang untuk dirinya dan rakannya. Namun Cabrera memang dengan rendah hati melorongkan bola kepada Safiq Rahim.

Safiq Rahim melakukan touch yang teruk, mujur dia dapat menebusnya dengan mencucuk bola kepada Fernando Rodriguez yang tiada masalah menyudahkannya kali ini.

Rumusan

Secara rumusan, JDT dan Penang masing masing belajar sesuatu daripada perlawanan ini. JDT belajar erti kesabaran dan terus mencuba. Pulau Pinang pula belajar bahawa, dalam game seperti ini, apabila mendapat peluang, kena skor walaupun half chance.

JDT sekali lagi struggle di central area. Masalah mereka daripada aksi berdepan Kedah lagi. Sebelum ini Safiq Rahim memperbaiki sedikit kepincangan itu.

Pasukan seperti JDT, mereka perlukan penguasan di tengah untuk melakukan seberapa banyak pertukaran arah bola. Sebenarnya Pulau Pinang memberikan mereka masalah daripada selesa sangat di tengah itu.

Ternyata coach Penang ni dah mendapat informasi jelas tentang corak JDT. Mereka destroying banyak build up di tengah.

Baca yang lain