Uli Hoeness: ‘Alaba Beritahu Impiannya Barcelona, Dia Nak ‘Deal’ Dengan Pegawai Insolvensi Ke?’

Uli Hoeness terkenal dengan kenyataan kontroversi tanpa mengira batas. Terbaru bekas presiden Bayern itu mendedahkan bahawa bintang baru Real Madrid sebenarnya sudah lama berimpian bermain untuk Barcelona.

Pemain itu malah pernah memberitahu kepada Hoeness sendiri tentang impiannya ke Barcelona tak akan pernah padam.

Alaba kini menjadi milik Real Madrid, pergi secara percuma selepas gagal mendapatkan kontrak baharu di Bayern Munich.

Dilaporkan berlaku konflik ketika rundingan kontrak baharu antara Alaba dan Bayern. Bayern menuduh Alaba sebagai pemain yang meminta kenaikan gaji melampau.

Namun ejen pemain itu menafikannya. Bayern dan Alaba gagal mencapai kesepakatan. Ianya juga dikatakan menjadi salah satu titik tolak kepada pemergian Hansi Flick yang tidak berpuas hati dengan cara Pengarah Sukan Bayern, Salihadmidzic mengendalikan kontrak pemain seperti Alaba dan beberapa pemain senior lain.

Alaba memutuskan untuk menyertai Real Madrid. Uli Hoeness pula tanpa berselindung menyatakan dia memberikan amaran kepada Alaba agar tidak ke Barcelona.

Ini kerana kelab tersebut di ambang muflis dengan beban hutang yang sangat tinggi.

Hoeness lebih setuju Alaba ke Real Madrid daripada berunding dengan kelab yang sedang cuba menyelesaikan isu kewangan mereka di jabatan insolvensi.

Hoeness berkata: “Alaba pernah beritahu saya, ‘impian saya adalah bermain untuk Barcelona pada suatu hari nanti.'”

“Jadi, saya terus tanya dia, dia nak berunding dengan presiden ataupun dengan jabatan insolvensi [jabatan yang menguruskan hal ehwal muflis].”

Barcelona bergelut dengan hutang yang sangat tinggi. Mereka sudah berusaha mengurangkan bil gaji pemain dan menjana wang daripada beberapa penjualan pemain serta peminjaman pemain.

Usaha itu dikatakan membuatkan Barcelona berjaya mendapatkan sekitar EUR300 juta. Ini termasuk melepaskan Lionel Messi, walaupun sudah bersetuju secara verbal.

Bayern akan bertemu dengan Barcelona pada Selasa ini. Kenyataan Hoeness ini pasti boleh dijadikan motivasi oleh Barcelona untuk membalas dendam mereka di atas padang.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi