Umum Dirinya Free Agent, Kelab Profesional Rusia Tawarkan Kontrak Kepada Khabib

Ikon UFC Khabib Nurmagomedov secara rasmi boleh bergabung dengan pasukan Liga Bola Sepak Profesional Rusia, FC Kamaz, jika dia menerima tawaran kontrak mereka.

Atlet berusia 32 tahun itu bersara dengan rekod tanpa kalah dari MMA tahun lalu dan beberapa kali menegaskan dia mahu menjadi pemain bola sepak profesional seterusnya, dengan mengatakan bahawa dia “ejen bebas” untuk mana-mana kelab.

Khabib memuat naik video ala ala Owen Hargreaves dahulu, di mana menggunakan media sosialnya untuk menunjukkan kemampuannya.

Khabib berkata:

“Bersiap sedia untuk debut bola sepak saya. Saya sekarang ejen bebas dan sedia menerima tawaran.”

Khabib membuat naik videonya yang sedang berlari melakukan latihan kecergasan.

Sebuah kelab di Rusia telah bertindak segera dengan menawarkan kontrak secara rasmi kepada Khabib Nurmagomedov.

FC Kamaz membalas status Khabib dengan memperincikan “sejumlah alasan” mengapa Khabib harus bergabung dengan kelab yang mengejar promosi PFL (Liga Bola Sepak Profesional).”

“Kami menawarkan anda untuk membuat debut bola sepak anda sebagai sebahagian daripada pasukan kami,” tegas pernyataan kelab, di RT Sport.

“PFL adalah bola sepak UFC … Kami bermain setiap perlawanan hanya untuk menang [dan] merupakan pasukan yang bercita-cita tinggi dengan tugas memasuki FNL.”

FNL adalah divisyen peringkat kedua bola sepak Rusia. Kamaz kini berada di kedudukan keempat di divisyen mereka, empat mata dari pasukan tangga teratas.

Tugas menandatangani Khabib nampaknya dipermudah oleh kenyataan bahawa PFL Rusia membalas dengan sijil pengesahan, nampaknya menyetujui bintang MMA 29-0 untuk bermain.

Kelab tersebut telah mengundang Nurmagomedov untuk mengambil bahagian dalam kem latihan selama tiga minggu, bermula pada 12 Februari.

Kamaz, yang nama panggilannya diterjemahkan sebagai ‘The Car Workers’, berpusat di bandar Naberezhnye Chelny. Stadion Kamaz berkapasiti 6,504 mereka berada sekitar 1.300 batu dari tanah tempat kelahiran Khabib, Dagestan.

“Kami telah menyediakan untuk anda sijil untuk [Khabib],” tulis PFL, mengenai seberapa cepat dia dapat didaftarkan.

“Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda hanya perlu memasukkan tarikh kemasukan.”

Satu aksi publisiti yang menyeronokkan dari liga dan kelab? Atau adakah kita akan benar-benar melihat Nurmagomedov membuat debut Liga Bola Sepak Profesional dalam beberapa bulan akan datang?

Sekiranya yang terakhir terbukti benar, seronok nak melihat Khabib berdepan dengan lawannya di atas padang pula.

Sebelum ini pernah juga tular aksi Khabib bermain bola sepak santai santai bersama rakan rakannya. Dan ternyata beliau laju juga berlari kalau nak mengira badannya yang berotot.

Kisah Khabib mendedahkan dia peminat Real Madrid dan Liverpool

Khabib Nurmagomedov pernah menyatakan bahawa beliau bukan sahaja meminati sukan martial arts, tetapi juga peminat bola sepak.

Dan beliau banyak menonton aksi Liga Perdana, Inggeris, La Liga serta Liga Juara Juara Eropah. Beliau memiliki pengetahuan yang luar biasa dalam bola sepak.

Khabib dikenali dengan dirinya sebagai peminat Real Madrid di Sepanyol dan Anzhi Makhachkala di Rusia. Khabib juga menegaskan jika di England, beliau sudah lama meminati pasukan Liverpool.

Liverpool merupakan pasukan yang dianggapnya sebagai pasukan yang mengagumkan. Khabib turut menceritakan pengalamannya menonton aksi final Liga Juara Juara Eropah pada 2005 di antara Liverpool dan AC Milan.

Dalam perlawanan itu, Liverpool melakukan kebangkitan luar biasa di Istanbul selepas ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua Liverpool bangkit mencetak 3 gol dan mengheret perlawanan ke masa kecederaan kemudian ke penentuan penalti.

Liverpool menjadi juara selepas menewaskan Milan dalam penentuan sepakan penalti yang menyaksikan Jerzy Dudek menjadi wira pasukannya.

Dalam satu sidang media, Nurmagomedov memberitahu Nick Peet dari BT Sport tentang pengetahuan bola sepaknya dan juga Liverpool di England.

“Saya rasa saya bukan hanya peminat, saya rasa saya tahu sejarah [bola sepak],” katanya.

“Liga Perdana Inggeris, bagi saya, adalah liga terbaik di dunia. Saya mengikuti semuanya.”

Nurmagomedov kemudian mengingat kembali detik menyaksikan kemenangan terakhir Liverpool di final Liga Juara-Juara 2005 ke atas AC Milan.

“Saya suka Liverpool,” kata Nurmagomedov.

“Saya masih ingat ketika saya masih kecil pada tahun 2005 ketika saya menonton Liverpool lawan Milan, di Dagestan. Kami menyaksikannya di layar besar di pantai, ribuan orang menonton perlawanan ini.”

“Dan ketika mereka kalah pada separuh masa pertama 3-0, dan saya benar-benar percaya, ‘Mereka harus kembali, mereka harus kembali’ kerana saya menyukai pasukan itu.”

“Mereka ada Milan Baros, [Vladimir] Smicer, [John Arne] Riise, [Sami] Hyypia. Saya ingat ini. Stevie Gerrard!Ia adalah pasukan yang sangat baik.”

“Tetapi sekarang ini mereka juga memiliki pasukan yang sangat baik.”

“Saya menonton semua perlawanan Liga Juara-Juara dan Liverpool. Tetapi saya juga penyokong fanatik Real Madrid. ”

“Tetapi saya suka menyaksikan Liga Perdana Inggeris, walaupun mereka tidak menurunkan pasukan terbaik mereka, tetap mereka tetap mempamerkan aksi terbaik.”

Siapa tak kenal Khabib Nurmagomedov, antara petarung UFC yang terbaik pada eranya. Beliau masih meninggalkan gelanggang UFC dengan rekod tanpa kalah 29-0.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di