Unai Emery Bengang: “Saya Marah Dan Malu Tengok Gol Itu, Saya Tak Pernah Minta Dia Pergi Naik Ke Atas”

Unai Emery sekali lagi mengkritik Emi Martinez. Sebelum ini pengurus itu pernah beberapa kali mengkritik Emi Martinez.

Pada mula ketibaannya di Aston Villa, Unai Emery malah terbuka mempertimbangkan untuk menjual Emi Martinez. Ini kerana dia kurang gemar dengan sikap Martinez di atas padang.

Namun begitu, Unai Emery mengekalkan penjaga gol itu sebagai penjaga gol utamanya. Pengurusan tertinggi Aston Villa dilaporkan sedia merestui Unai Emery jika dia mahu menjual penjaga gol itu. Di mana Emi Martinez dengan terbuka menyatakan dia mahu berpindah ke kelab lebih besar selepas ini.

Kemudian, dalam Piala Dunia 2022, Unai Emery sekali lagi melihat kelakuan Martinez yang kurang disenanginya. Dia sendiri bertekad akan berbincang dengan Emi Martinez tentang perkara itu.

Ianya selepas Emi Martinez meraikan kejayaan memenangi sarung tangan emas dengan gaya agak melucah. Dan kemudian memegang anak patung dengan kepala Mbappe dengan cara agak provokatif.

Kini, Unai Emery sekali lagi tampil mengkritik penjaga gol itu.

Kali ini kerana Martinez membuat keputusan sendiri dengan naik ke atas ketika sepakan penjuru terakhir dalam perlawanan antara Aston Villa dan Arsenal.

Dalam kedudukan 3-2, Aston Villa mendapat peluang terakhir dari sepakan penjuru.

Emi Martinez naik ke atas. Dan kesan lebih buruh apabila Arsenal melakukan serangan balas dan Gabriel Martinelli menjaringkan gol daripada serangan balas, dengan tiada penjaga gol di belakang.

Unai Emery tanpa berselindung menyatakan dia bengang dan malu melihat gol keempat Arsenal itu.

Bercakap kepada BBC Sport, Unai Emery berkata: “Hari ini, saya sangat sangat kecewa. Saya malu dengan gol terakhir itu.”

“Saya tidak pernah memberitahu penjaga gol saya: ‘Pergi naik ke atas’. Itu bukan semangat, kita mahu memastikan fikiran kita kekal jelas dan bijak berfikir.”

Ditanya adakah dia tidak suka dengan tindakan Emi Martinez. Unai menjawab: “Tak, tak, saya tak sukakannya. Saya tak pernah arahkan penjaga gol saya lakukan perkara seperti itu.”

“Hari ini dia [Martinez] sendiri yang memutuskannya, itu keputusan dia sendiri. Saya tidak memberitahunya begitu.”

“Dia sedar sekarang [bahawa dia tak sepatutnya melakukannya].”

 

Baca yang lain