Unik! Buffon Meraikan Coppa Italia Dengan Dua Generasi Chiesa, Dulu Federico Masih Bayi

Juventus berjaya menjuarai Coppa Italia setelah menang 2-1 ke atas Atalanta pada perlawanan akhir yang diadakan di Stadium Mapei pada awal pagi tadi waktu Damansara.

Kejuaraan itu jelas melegakan Andrea Pirlo selepas musim yang penuh tak menentu dalam saingan Serie A dan UCL.

Di sebalik kejuaraan tersebut, Gianluigi Buffon mencatatkan rekod unik yang luar biasa. Di mana beliau menjuarai Coppa Italia dengan seorang lagi generasi Chiesa dalam kariernya yang panjang.

Kali ini Buffon menang bersama generasi kedua Chiesa iaitu Federico Chiesa selepas menjuarainya dengan sang ayah dahulu iaitu Enrico Chiesa.

Buffon menjuarai Coppa Italia bersama dengan Enrico Chiesa pada 1999, di mana ketika itu Federico Chiesa baru berusia setahun ataupun masih bayi. Ketika itu juga, Buffon masih beraksi bersama dengan skuad legenda Parma yang dianggap antara yang terbaik dalam sejarah Itali.

Federico Chiesa malah menjaringkan gol dalam aksi final sebentar tadi.

Juventus membuka tirai jaringan menerusi Dejan Kulusevski pada minit ke-31. Namun Atalanta menyamakan kedudukan pada minit ke-41 menerusi Malinovsky.

Pada separuh masa kedua, Federico Chiesa menjaringkan gol kejuaraan pada minit ke-73.

Lebih emosional apabila Buffon akan meninggalkn Juventus pada akhir musim ini. Dalam kariernya Buffon sudah memenangi enam Coppa Italia menyamaai rekod pengurus Itali, Roberto Mancini.

Buffon berkata: “Menamatkannya seperti ini membuat saya bangga dan sangat gembira, kerana saya dapat berkongsi kemenangan ini dengan rakan sepasukan dan peminat saya.”

“Para peminat, orang-orang di Juventus, rakan sepasukan dan pengarah saya akan sentiasa ada dalam hidup saya. Saya rasa saya telah memberikan kasih sayang, profesionalisme dan keberanian kepada semua berkaitan Juventus. Saya sangat bangga dengan itu.”

Dalam kariernya, Buffon kini sudah bermain sama ada bersama ataupun menentang – Enrico Chiesa, Lillian Thuram, George Weah, Paolo Maldini dan anak anak mereka.

Buffon berseloroh menyatakan: “Saya sekarang menunggu nak bermain dengan cucu mereka pula.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di