United 1 Brighton 2: Kisah Bagaimana Gross Rosakkan Debut Ten Hag

Manchester United melayan kunjungan Brighton pada hari pertama EPL musim ini di Old Trafford.

Brighton yang baru sahaja kehilangan pemain terbaik mereka musim lalu, Marc Cucurella yang menyertai Chelsea. Kini berdepan tugas getir menentang Manchester United di gelanggang keramat mereka. United berada dalam prestasi terbaik sepanjang pra musim yang lalu.

Erik Ten Hag mengendalikan aksi kompetitif pertama beliau sejak mengambil alih jawatan pengurus beberapa bulan yang lalu. Dan dia meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan.

Ten Hag kehilangan khidmat Anthony Martial yang merupakan penyerang paling tajam beliau sepanjang pra musim.

Di atas padang, Manchester United diberikan tentangan yang sangat getir oleb Brighton yang cemerlang sepanjang musim lalu.

Brighton malah di hadapan pada minit ke-30 menerusi Pascal Gross. Ianya berpunca daripada hantaran cantik dari tengah yang disambut Danny Wellbeck yang melepasi perangkap ofsaid dengan terlalu mudah. Wellbeck melorongkan bola yang mudah disambar oleh Gross dalam keadaan gawang ternganga.

Manchester United jelas tertekan dengan gol itu. Namun lawan mereka berterusan memberikan ancaman kepada mereka.

Pada minit ke-39, Gross sekali lagi menewaskan David De Gea. Ianya berpunca daripada bola yang ditepis De Gea dan terus sampai ke kaki Gross. Satu lagi gol mudah untuk pemain itu.

Dia kini sudah menjaringkan enam gol menentang Manchester United dalam EPL. Menjadikan United adalah pasukan paling banyak ditembusinya dalam aksi EPL.

Protes anti Glazers kedengaran mengiringi para pemain yang masuk ke dalam bilik persalinan. Di mana peminat Man United terus menunjukkan kebencian kepada Glazers yang dianggap telah menjadikan kelab mereka lubuk duit semata mata.

Pada separuh mas kedua, Brighton melakukan ancaman awal menerusi Danny Wellbeck tetapi gagal menanduk masuk daripada keadaan free header.

Seterusnya, Erik Ten Hag memasukkan Cristiano Ronaldo. Pemain yang menjadi subjek perbincangan sepanjang beberapa bulan ini tentang masa depannya.

Man United memperbaiki rentak permainan mereka. Marcus Rashford memiliki peluang keemasan dengan 3 peluang keemasan. 1 daripada ofsaid dan 2 lagi tak tepat.

Man United akhirnya menyamakan kedudukan pada minit ke-68. Penjaga gol Brighton harus menyalahkan diri sendiri kerana dia gagal mengeluarkan bola dengan kemas kemudian tindakannya membuatkan Alexis Mac Allister tertampan bola ke gawang sendiri. VAR digunakan untuk memeriksa sama ada Dalot telah handball terlebih dahulu sebelum gol itu terhasil. Dan ternyata ianya gol yang bersih.

Manchester United akhirnya berada dalam prestasi terbaik mereka dalam perlawanan ini. Mereka melakukan beberapa siri serangan dan ancaman daripada bola mati. Old Trafford mulai bernyawa dan membangkitkan semangat pasukan mereka.

Minit ke-87, Lisandro Martinez melakukan rembatan deras dari kawasan berdekatan byline. Tetapi rembatan itu dihadang kemas oleh Lewis Dunk yang akhirnya diamankan oleh Sanchez.

United terus buntu sekurang kurangnya untuk mendapatkan 1 mata. Dan akhirnya mereka kalah 1-2 di tangan Brighton. Debut Ten Hag berakhir dengan kekalahan.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari