Van Aanholt: ‘Tanpa Ragu Wan Bissaka Lagi Bisa Daripada Trent’

Bintang Liverpool itu mungkin memiliki keunggulan untuk beraksi di posisi lebih ke zon serangan, tetapi bagi Van Aanholt yakin bekas rakan sepasukannya, Aaron Wan Bissaka memiliki keupayaan bertahan yang luar biasa.

Pemain pertahanan Crystal Palace, Patrick van Aanholt yakin bahawa Aaron Wan-Bissaka adalah pemain terbaik Inggeris terbaik untuk posisi bek kanan.

Malah beliau menyatakan, tak perlu cakap banyak, cuma tanyalah Raheem Sterling, sudah cukup.

Wan-Bissaka, 22, bergabung dengan Manchester United dari kelab di Selatan London, pada awal musim 2019/20. Dan beliau dengan cepat merebut tempat yang tidak ada pencabar dalam kesebelasan utama The Red Devils.

Beliau berjaya mendapatkan tempat di pentas antarabangsa. Namun pesaing beliau di posisi bek kanan adalah pemain Liverpool, Trent Alexander-Arnold.

Walaupun Alexander-Arnold setahun lebih muda daripada pesaingnya di United, dia sudah memiliki pingat Liga Juara-Juara dan hampir pasti akan menamatkan tahun 2020 sebagai juara Liga Perdana; tetapi Van Aanholt tetap memilih bekas rakan sepasukannya sebagai lebih bagus.

“Wan Bissaka lebih baik daripada Alexander-Arnold? Tanpa bayangan keraguan,” katanya kepada podcast Counter Attack ketika ditanya mengenai bintang muda Man United.

“Mereka adalah pemain yang berbeza. Secara defensif, Aaron sukar dipercayai, dan lebih baik daripada Trent.”

“Ya, Trent telah menyerang dan tendangan sudutnya, kaki kanannya. Tetapi jika kamu bertanya kepada Wilf [Zaha] siapa yang ingin dia lawan pada bila bila masa, Trent atau Wan-Bissaka, aku rasa dia akan mengatakan Trent.”

Salah satu persembahan terbaik Wan-Bissaka setakat ini dalam jersi United adalah ketik kemenangan derbi mereka ke atas City. Itu adalah aksi permainan yang dipercayai oleh Van Aanholt yang membuatkan Sterling buntu. Jadi tanpa keraguan beliau membuktikan kualitinya berdepan dengan salah seorang pemain sayap terbaik di Liga Inggeris ketika ini.

“Saya menghormati Trent, kerana dia melakukan segalanya dengan assistnya dan dia hebat, tetapi secara defensif, tanyalah sendiri kepada Sterling, betapa bagusnya Wan-Bissaka,” tambahnya.

“Ini adalah saty masalah, dan dia perlu berubah [memperbaiki aspek seranga]. Dia adalah salah seorang bek kanan terbaik, saya rasa dia boleh, serangannya bagus, tetapi dia memerlukan lebih banyak gol atau bantuan pada namanya.”

“Pertahanan adalah aspek yang pertama, tetapi dalam permainan moden, anda perlu menyerang, dan di United, anda mendapatkan lebih banyak bola, jadi pergi mara ke hadapan dan tunjukkan apa yang anda miliki, tetapi dia telah melakukan yang baik.”

Sebelum Liga Perdana Inggeris ditangguhkan kerana adanya pandemik, Wan-Bissaka telah membuat 34 penampilan dalam semua pertandingan untuk Manchester United, menyumbang dua assist tetapi belum pernahg menjaringkan gol untuk kelab baharunya.

Sementara itu, Trent Alexander-Arnold, sudah bermain 40 penampilan untuk Liverpool, mencetak dua gol dan meletakkan 14 assist dalam semua pertandingan.

Jelas sekali kedua dua pemain, jenis pemain yang berbeza. Untuk taktikal yang moden dan bergerak pantas ke hadapan dengan menagih kualiti ball playing dan distribusi, maka Trent Alexander Arnold orangnya.

Jika permainan berasaskan peranan lebih rigid makan Wan Bissaka dengan gaya klasik.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di