Vardy: Dari Budak Kilang Kepada Pemenang EPL, Piala FA, Kasut Emas Dan Bermain Di UCL Bersama Leicester

Kisah dongeng seorang budak kilang yang berhempas pulas meneruskan hidup dan bertukar menjadi mesin pencetak gol terunggul setanding dengan mesin pencetak laser jet yang berkualiti tinggi, itulah insan bernama Jamie Vardy.

Jamie Vardy adalah seorang pemain bola sepak Profesional yang berasal dari England dan bermain untuk pasukan Leicester United. Beliau di lahirkan pada 11 Jan 1987 di Sheffield England. Mula bermain bola sepak bersama kelab Stocksbridge park steels pada tahun 2007.

Ketika bersama kelab itu Jamie telah menunjukkan bakat nya dan mengagumkan semua dengan aksi nya bermain sebagai seorang pemain penyerang yang berbisa dan berkebolehan.

Jamie Vardy ketika bersama Stocksbridge

Beliau kemudian berhijrah ke F.C Halifax Town dan telah menjaringkan 25 gol untuk musim pertama beliau bersama pasukan itu, kemudian meneruskan kariernya dalam bola sepak bersama pasukan Fleetwood Town pada ogos 2011.

Musim pertama bersama Fleetwood beliau menjaring kan 31 gol dan memenangi “Pemain terbaik tahunan” kerana membantu pasukan nya menjuarai liga.

Permulaan Dan Kebangkitan Sang Late Bloomer

Vardy merupakan pemain late bloomer. Kariernya bermula lewat dan kemuncak kariernya juga bukan seperti kebiasaan pemain lain yang biasanya pada usia 26, 27 atau 28 tahun.

Vardy hanya melakukan debut EPL pada usianya 27 tahun. Membuatkan dia hanya dipandang pemain biasa biasa sahaja pada awalnya.

Tetapi selepas itu, dia mengganas dan kelab seperti Arsenal antara yang sangat mahukan Vardy. Banyak lagi kelab besar lain.

Vardy berasal dari keluarga yang tidak berkemampuan. Ayahnya seorang pemandu kren manakala ibunya pula hanya seorang kerani biasa. Jamie lemah dari segi akedemik dan dek kerana itu beliau banyak menghabis kan masa nya untuk bola sepak.

Sejak usia 16 tahun lagi beliau sudah bercita-cita mahu menjadi seorang pemain bola sepak profesional. Beliau sangat mahu menjadi sebahagian dari pada pasukan Sheffield Wednesday namun beliau disingkir kan kerana tidak cukup bagus untuk pasukan.

Kerana hal itu Jamie sempat berputus asa dan mahu melupakan impian nya untuk menjadi pemain bola sepak. Beliau kemudian keluar dari rumah dan membuat bermacam kerja untuk menampung kehidupan harian nya sendiri disamping beliau meneruskan latihan dalam bola sepak.

Jamier Vardy melawat kilang yang pernah beliau menabur bakti

Untuk meneruskan kelansungan hidup seperti kau, aku dan dia pada hari ini, Vardy telah membuat kerja buruh dan Vardy juga dilaporkan pernah bekerja di kilang membuat karbon fiber dan alatan perubatan.

Segala usaha penat lelah beliau membuah kan hasil apabila beliau di pilih untuk menyertai pasukan Stockebridge park. Walau hanya peroleh pendapatan sekitar 30 pounds seminggu beliau tetap gembira kerana impian beliau mahu menjadi pemain bola sepak telah tercapai.

Dibawah pengawasan yang sempurna selama tiga tahun beliau telah berjaya menjaringkan 66 gol dan mula mencuri tumpuan pasukan-pasukan besar yang lain.

Karier Gemilang Bersama Leicester City

Jamie menyertai Liecester pada Mei 2012 dengan nilai perpindahan bernilai 1 juta. Beliau memulakan musim pertama bersama Leicester dalam keadaan yang sangat sukar.

Namun atas kerja keras dan usahanya beliau dan pasukan Leicester bangkit pada musim berikutnya dan berjaya menjuarai liga perdana pada musim itu. Jamie menjaringkan 16 gol di akhir musim liga pada ketika itu.

Juara Premier League bersama The Foxes. Satu lagi kisah dongeng bola sepak.

Tahun 2014 adalah tahun kegemilangan beliau dan pasukan Leicester kerana mereka berjaya menjadi juara liga utama di England dan melayakkan pasukkan mereka menyertai Liga juara-juara Eropah pada ketika itu.

Namun di sebalik kejayaan yang beliau kecapi beliau juga mengalami masa yang sukar ketika zaman kanak-kanak nya dan permulaan kariernya.

Pada musim 2020/21, Jamie Vardy sekali lagi membawa impiannya bersama dengan kelab kecil Leicester untuk menjulang Piala FA yang pertama dalam sejarah kelab.

Mereka benar benar sedang menghidupkan impian mereka di dalam dunia sebenar.

Vardy terus setia bersama Leicester kerana dia tahu, kelab itu memang sudah ditakdirkan untuknya berjaya dan dia pula memang ditakdirkan untuk Leicester.

Kehidupan Peribadi

Jamie telah bertemu Rebekah Nicholson dan telah berkahwin pada Mei 2016. Majlis perkahwinan nya menjadi kontroversi kerana Jamie tidak mengundang kedua ibu bapa nya ke Majlis berkenaan.

Beliau tidak memberi sebarang jawapan apabila di tanya akan hal itu kepadanya.

Vardy dan isteri,

Namun ibunya telah menjelaskan bahawa Jamie tidak mengundangnya kerana mereka mempunya masalah dan tidak berkomunikasi selama sebulan.

Pada November 2015 beliau telah menubuhkan “V9 academy”. Penubuhan V9 adalah bagi membantu mereka yang berminat dalam sukan bola sepak dan mahu memperbaik kebolehan dalam permainan bola sepak.

Permata England

Tanggal 21 Mei tahun 2015 Jamie dipanggil untuk menyertai pasukan Kebangsaan England untuk pertama kalinya bagi berdepan perlawanan persahabatan bersama Republic ireland dan kelayakan EURO 2016 menentang Slovenia.

Jamie membuat kemunculan pertama bagi pasukan kebangsaan pada 7 Jun 2015 ketika pasukan nya berdepan Republic Ireland, sebagai pemain gantian yang menggantikan ketua pasukan Wayne Rooney.

Jamie menjaringkan gol pertama antarabangsa nya ketika bertemu pasukan Germany pada mac 2016. Beliau telah mewakili pasukan England dalam dua kejohanan besar iaitu EURO 2016 dan FIFA WORLD CUP 2018.

Beliau kemudian nya telah diketepikan dari pasukan kebangsaan oleh jurulatih nya Gareth Southgate pada 28 ogos 2018.

Vardy seterusnya mengumumkan persaraannya dari arena antarabangsa.

Corak permainan

Vardy senantiasa membuat pemain pertahanan lawan perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati kerana beliau bijak mencari ruang dan selalu berada di kedudukan terbaik untuk menjaringkan gol sekiranya ada peluang.

Jamie adalah seorang pemain yang sentiasa berkerja keras dan mempunyai sentuhan pertama yang sangat baik. Kebiasaanya beliau akan bermain di bahagian penyerang tengah namun Jamie juga berkebolehan bermain di beberapa posisi serangan.

Jamie juga pernah di letakkan bermain di posisi sayap. Kerja keras yang tinggi, sentiasa membuat larian dan mencari ruang untuk menjaringkan gol serta membuka ruang untuk rakan sepasukan menjaringkan gol adalah kepakaran beliau.

Kepantasan yang Jamie ada sememang nya menyukarkan pertahanan lawan mengawal beliau. Beliau juga sentiasa berada di kedudukan yang betul untuk melakukan sesuatu di dalam keadaan menyerang.

Beliau sering berada seiring dengan pertahanan tengah dan terus membuat larian pantas apabila mendapat hantaran dari rakan sepasukannya.

Mempunyai penyudah yang baik menjadikan diri nya sebagai seorang pengambil sepakan penalti untuk pasukan nya jika mendapat tendangan penalti. Beliau juga mempunya kekuatan di udara yang baik.

Apabila ada ruang dan hantaran yang tinggi ke udara beliau sentiasa mencabar pertahanan lawan dan melepaskan tandukan yang padu untuk menjaringkan gol. Beliau juga mempunya kebolehan tendangan padu dengan kedua-dua belah kakinya.

Di dalam padang Jamie menjadi nadi di bahagian serangan dan kerja keras beliau membuatkan tiada alasan untuk pemain lain dalam pasukan untuk tidak bekerja keras.

Impian yang tak terjangkau akalnya sendiri

Pada akhir musim 2019/20 Jamie Vardy dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas EPL. Ini bermakna di dalam kariernya dia sudah menjadi pemenang Liga Perdana Inggeris dan Pemenang Kasut Emas EPL.

Tak ramai pemain mampu mencapainya malah ramai yang tak bermimpi sama sekali tentangnya terutama sekali kamu seorang pemain kelab seperti Leicester.

Melengkapkan kisah dongeng karier bekas pekerja kilang itu yang pernah 8 tahun beraksi dengan pasukan amatur ataupun non league.

Vardy kemudian menyatakan: “Tidak terlintas walau sejuta tahun, saya pernah memikirkan saya akan menjadi pemenang Liga Perdana Inggeris dan kemudian Kasut Emas, sememangnya wow!”

“Jika ini membuktikan apa sahaja, maka ia menunjukkan bahawa jangan sesekali kami berputus asa mengejar impian kamu, tak kira betapa gilanya ia terjadi.”

Itulah kisah Jamie Vardy, dari budak kilang yang sudah memenangi EPL, Piala FA, menjadi pemenang kasut emas EPL dan juga pernah beraksi di pentas UCL bersama dengan kelab seperti Leicester, pernah mewakili negaranya dalam Piala Dunia.

Vardy adalah legenda hidup untuk Leicester.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di