Verstappen Anggap Keraian Hamilton Sebagai Biadap Selepas Apa Yang Dilakukannya

Max Verstappen tidak dapat menahan kemarahannya ke atas aksi Hamilton yang menurutnya biadap, tak profesional dan tidak ada semangat kesukanan.

Hamilton meraikan kemenanangannya sedangkan Verstapen terpaksa berada di hospital untuk menerima rawatan.

Verstappen berlumba pada Ahad lalu di litar Silvestone yang merupakan ‘rumah’ kepada Hamilton. Di mana pada garisan permulaan Verstappen berada 33 mata di hadapan.

Verstappen bermula di pole position namun terbabas pada selekoh pusingan pembukaan kerana dilanggar oleh Hamilton di bahagian tayar belakang.

Verstappen melanggar penghadang ketika sedang dalam kelajuan 180mph.

Beliau segera dikejarkan ke hospital dan menonton baki perlumbaan dari sana. Dan lebih membuatkan beliau marah apabila Hamilton menjuarai perlumbaan tersebut yang menurut Verstappen sebagai kemenangan yang kotor dan tidak adil.

CEO Red Bull — Helmut Marko — bercakap kepada wartawan meminta agar Lewis Hamilton dikenakan hukuman termasuk penggantungan kerana memandu dalam keadaan membahayakan pelumba lain.

Hamilton hanya diberikan penalti 10 saat namun masih berjaya memenangi perlumbaan itu. Dia memintas Charles Leclerc pada selekoh yang sama ketika Verstappen terbabas.

Verstappen terus memuat naik status di media sosial, membantah kemenangan itu secara terbuka.

Verstappen berkata: “Mujur saya tidak apa apa. Sangat kecewa apabila tersingkir dengan cara sebegini. Penalti diberikan kepadanya langsung tidak membantu kami dan tidak langsung memberikan keadilan kepada aksi merbahaya Lewis di atas litar.”

“Melihat dia meraikan kejayaannya sementara saya berada di hospital, adalah sangat biadap dan sikap yang tidak ada semangat kesukanan, tetapi kami akan melupakannya.”

Pada kedudukan semasa, secara keseluruhan Mark Vestappen masih di ranking teratas dengan 188 mata. Namun Hamilton kini berjaya merapatkan jurang, dengan 177 mata di tangga kedua.

Landon Norris dan Valeri Bottas masing masing di tangga ke3- dan ke-4 dalam carta keseluruhan.

Hamilton bangga dengan kemenangannya di hadapan penyokong sendiri selepas musim lalu tanpa penyokong.

“Ini adalah impian untuk saya hari ini, memenanginya di hadapan kamu semua. Saya sentiasa berhati hati dalam pendekatan saya di litar terutama sekali ketika bertarung dengan Max. Dia sangat agresif. Dan hari ini, saya tidak melepaskan beliau dan dia tidak memberikan ruang.”

Baca yang lain