Vicenzo Dan Penthouse 2, Antara 5 Drama Korea Yang Korang Boleh Layan Hujung Minggu

Anda penggemar drama Korea buat peneman hujung minggu anda? Dan drama drama ini mungkin harus berada dalam senarai tontonan korang.

1. Vicenzo

Drama ni tengah panas di netflix pada ketika ini menampilkan pelakon sensasi Song Joong Ki.

Vicenzo Cassano (Joong Ki) merupakan peguam yang pernah berada dalam organisasi mafia di Itali kembali ke Korea untuk menggali semula emas yang dia simpan di bawah tanah.

Namun dia berdepan dengan banyak masalah kerana ada pengusaha cuba merampas bangunan itu secara paksa. Terdapat juga kisah kekeluargaan dan perseteruan antara ayah dan anak.

Di mana seorang wanita dan ayahnya – sama sama menjadi peguam – berbeza falsafah dan prinsip. Wanita itu menentang ayahnya di mahkamah termasuk dalam kes skandal ubatan farmasi yang disuntik dadah.

2.  Sisyphus: The Myth

Jika korang suka genre time travel, mungkin drama ini boleh korang tengok.

Drama ini menampilkan pelakon sensasi Park Shin Hye dan Cho Seung Woo. Shin Hye sekali lagi bermain dengan garis masa selepas filem The Call sebelum ini.

Sisyphus mengisahkan tentang perjalanan merentasi masa. Han Tae Sool (Cho Seung Woo) adalah jurutera genius yang merupakan salah seorang pengasas syarikat bertaraf dunia, Quantum and Time.

Dikenali sebagai ‘pahlawan Korea’, Tae Sool nampaknya mempunyai sisi gelap. Dan sisi gelapnya muncul 10 tahun yang lalu ketika abangnya meninggal dunia.

Selepas dia mengetahui kebenaran di sebalik kematian abangnya, nyawanya langsung terancam. Dia juga bertemu dengan Kang Seo Hae (Shin Hye), seorang wanita dari masa depan yang datang untuk menyelamatkannya.

Kang Seo Hae adalah askar elit. Walaupun ia seorang wanita, dia dapat mengalahkan lelaki yang lebih kuat dan besar hanya dengan tangan kosong.

Dia juga mempunyai kemahiran yang sangat baik dalam menembak dan membuat bom. Diajar sendiri untuk terus hidup di dunia yang penuh dengan kumpulan samseng dan tentera.

3. Love (ft. Marriage and Divorce)

Antara drama yang bersaing rapat dengan drama lain bagi rating tertinggi pada bulan ini. Di mana episod drama terbaru ini mendapat penilaian 8.7 peratus.

Drama ini berkisar kepada kisah wanita wanita daripada 3 dekad umur berbeza yang berdepan dengan cabaran dalam kehidupan rumah tangga mereka.

Tiga pasangan suami isteri, iaitu Lee Si Eun dan Park Hae Ryun yang berusia 50-an, Sa Pi Young dan Shin Yoo Shin berusia 40-an dan Pan Se Hyeon dan Boo Hye Ryung, pasangan yang berusia 30-an tahun.

Ketiga tiga rumah tangga tersebut di ambang keretakan atas konflik yang berbeza seperti masalah keturunan, hubungan dengan ibu bapa mertua mereka, dan juga kecurangan.

Ketiga tiga wanita tersebut cuba sedaya upaya menyelesaikan masalah rumah tangga mereka dan cuba menunjukkan bahawa segalanya baik baik sahaja.

4. L.U.C.A: The Beginning

Drama thriller fantasi ini dibintangi oleh Kim Rae Won dan Lee Da Hee. Drama ini mengisahkan Ji Oh, seorang lelaki yang mempunyai kebolehan istimewa, sehingga dia terus dikejar oleh makhluk misteri.

Kemudian dia bertemu dengan seorang detektif bernama Goo Reum yang mencari fakta dan keadilan atas kehilangan ibu bapanya.

im Rae-won dan Lee Da-hee membintangi drama sci-fi penuh aksi L.U.C.A .: The Beginning. Berikut ini adalah sinopsis drama Korea L.U.C.A .: The Beginning.

Z-O (Kim Rae-won) adalah lelaki yang mempunyai kebolehan yang luar. Walaupun badannya manusia, Z-O mempunyai kekuatan yang dapat mengubahnya menjadi sangat kuat.

Suatu hari, Z-O melarikan diri dari makmal penyelidikan dan hidup sebagai manusia normal bernama Ji Oh. Namun, kehidupan normal yang diimpikan tidak dapat dicapai.

Ji Oh menghabiskan hari-harinya dengan penuh tekanan kerana dikejar oleh seorang yang misteri.

Tidak mahu hidup dalam ketakutan, Ji Oh memutuskan untuk mencari sendiri mengenai orang misteri ini. Namun, jawapan itu sebenarnya membawanya kepada dua pilihan sukar.

Ji Oh terpaksa memilih antara hidup sebagai raksasa atau menjadi dewa yang dapat menyelamatkan manusia.

Di tengah keraguannya, Ji Oh bertemu Gu Reum (Lee Da-hee), seorang wanita yang bekerja sebagai detektif.

GuReum bertekad untuk menyiasat kes-kes masa lalunya untuk mendapati ibu bapanya kehilangan wang ketika dia masih kecil. Pertemuan GuReum dan JI Oh membawa mereka berdua dalam pengembaraan yang mengubah hidup.

5. The Penthouse 2: War in Life

Drama ini adalah sambungan siri pertama dengan judul yang sama. Kali ini Oh Yoon Hee mendapat kekuatan daripada Shim Su Ryeon selepas mendapat tahu mendiang rakannya itu sangat baik dengannya – walaupun dia pedajal teruk rakannya itu.

Kisah tentang konflik orang kaya yang sanggup buat apa sahaja demi legasi dan diri mereka sendiri termasuk mencederakan dan membunuh orang lain.

Cheon Seo Jin dan Jo Dan Tae mendapati kali ini mereka berdepan dengan Oh Yoon Hee yang berbeza, dan bukannya jenis yang mereka mudah buli.

Oh Yoon Hee dibebaskan daripada pertuduhan bunuh, dan dia kini cuba mengheret pembunuh rakannya ke muka pengadilan.

Drama ini sentiasa sarat dengan aksi tengang yang membuatkan korang terbuai buai emosi.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di