Vidal Ingatkan Bayern: “Kamu Menentang Pasukan Terbaik Dunia, Baik Korang Bersedia”

Barcelona akan berhadapan dengan Bayern Munich di suku akhir Liga Juara-Juara. Arturo Vidal berpendapat bahawa Blaugrana adalah kelab terbaik di dunia. Dan tidak mungkin mereka gerun dengan Bayern Munich.

Ini selepas ramai yang melabel Bayern Munich sebagai pasukan pilihan dalam aksi pertemuan kali ini.

Jelas sekali Vidal tidak bersetuju dengan penilaian seperti itu. Kerana baginya Barcelona pada hari ini adalah pasukan terbaik di dunia.

Perlawanan ini akan menjadi sangat istimewa untuk Vidal. Pemain tengah Chile itu pernah menjadi pemain penting di Bayern sebelum berpindah ke Barcelona.

Vidal menghabiskan tiga musim di Bayern setelah meninggalkan Juventus. Bersama kelab Jerman, Vidal memenangi tiga gelaran Bundesliga, satu DFB-Pokal dan dua Piala Super Jerman.

Pemain berusia 33 tahun itu sedar bahawa Bayern selalu menjadi pasukan pilihan di Liga Juara-Juara, tetapi sekarang yang harus dihadapi oleh bekas kelabnya adalah Barcelona.

Vidal mendakwa kelab Catalan adalah yang terbaik di dunia.

“Esok kita akan menentang juara Bundesliga, tetapi mereka akan menentang Barcelona, ​​pasukan terbaik di dunia, bukannya salah satu daripada pasukan Bundesliga,”  kata Vidal seperti yang dipetik dari laman rasmi UEFA.

“Ini akan menjadi perlawanan bola sepak sebaiknya. Dan adalah lebih baik mereka bersedia untuk kami, kerana kami sudah tak sabar dengan cabaran ini.”

“Bayern selalu menjadi pasukan pilihan. Saya pernah ada di sana dan saya merasakannya, tetapi esok mereka menentang Barcelona dan saya fikir Barcelona adalah pasukan terbaik di dunia.”

“Jadi ia sangat bergantung pada siapa yang menjadi pilihan, siapa yang lebih baik pada hari itu dan siapa yang lebih baik secara keseluruhannya,” tambah beliau lagi.

“Saya tak kisay sangat pasal apa Bayern katakan kerana saya pernah berada di sana dan tahu apa yang bakal keluar dalam sidang media, tak sama seperti berlaku di bilik persalinan.”

Vidal kemudian menyatakan bahawa Lewandowski penyerang terbaik di samping Luis Suarez, namun Vidal tak setuju pandangan yang menyatakan Lewandowski musim ini setaraf Messi.

Vidal berpandangan bahawa Messi daripada planet lain.

Barcelona kini sedang berjuang untuk memenangi Liga Juara-Juara. Sekiranya gagal, Barca menutup musim tanpa sebarang trofi setelah gagal di Copa del Rey dan di LaLiga. Bayern sebaliknya mempunyai peluang untuk menutup musim dengan Treble pada musim ini.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi