VIDEO 3GP: Messi Tanpa Jambang Telah Membentes, Menggelecek Setiap Makhluk Di Depannya

Messi dan para sahabatnya yang tercinta sudah kembali berlatih beberapa minggu yang lalu setelah wabak koronavirus menangguhkan seketika bola sepak di liga utama Sepanyol.

Namun kondisi Lionel Messi nampak sangat luar biasa. Malah dia juga tampil dengan imej tanpa jambang. Halus je.

Dengan gaya barunya itu, Lionel Messi tampil dengan gaya yang garang semacam di pusat latihan.

Ini apabila beliau mendapatkan bola dengan satu tackle kemas dan kemudiannya menggelecek kesemua manusia yang ada di atas padang sesuka hatinya.

Ramai peminat teruja dengan perubahan Lionel Messi dan menganggap Messi tanpa jambang adalah Messi beast yang sebenar.

Messi kelihatan sangat ceria dan bertenaga ketika melakukan latihan bersama teman dan taulannya yang lain.

Amacam power tak?

Liga Sepanyol dijangka akan kembali pada pertengahan bulan hadapan. Kerajaan Sepanyol sudah pun memberikan lampu hijau.

Barcelona kini berada di tangga teratas dengan dibezakan dua mata dari Real Madrid ketika liga ditangguhkan. Di mana La Liga sudah melalui 27 pusingan setakat ini.

Kapten Barca, Messi masih menjadi bintang utama di dalam pasukannya. Dan beliau kini sedang dalam proses untuk menandatangani kontrak baharu yang dilaporkan sangat lumayan.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali