[VIDEO] Aksi Derbi Betis vs Sevilla Dihentikan Selepas Batang Besi Singgah Kat Kepala Pemain

Perlawanan antara Real Betis dan Sevilla dalam pusingan 16 terakhir Copa del Rey, yang berlangsung di Stadium Benito Villamarin terpaksa dihentikan pada minit ke-39.

Ini selepas pemain Sevilla dibaling batang besi yang tepat ke kepalanya dalam aksi derbi tersebut.

Kelakuan ganas dan biadab penyokong Real Betis itu membuatkan pegawai perlawanan memutuskan untuk menghentikan perlawanan dengan laporan lengkap kejadian sudah pun dihantar kepada RFEF.

Segalanya bermula apabila minit ke-35, Papu Gomez menjaringkan gol untuk Sevilla. Namun gol tersebut disamakan oleh Nabil Fekir selang beberapa minit kemudian.

Ketika pemain pemain Real Betis meraikan gol mereka, penyokong Betis pula membaling objek ke arah pemain Sevilla. Paliang dahsyat adalah batang besi yang dibaling ke arah pemain Sevilla dan terkena kepala Juan Jordan.

Jordan yang terkena besi tersebut terus terbaring menahan kesakitan.

Pengadil perlawanan, Ricardo de Burgos Bengoetxea kemudian meniup wisel dan memberi isyarat supaya pasukan perubatan segera bertindak, dan Jordan akhirnya diberi rawatan rapi.

Pengadil juga menyerahkan objek tersebut kepada pegawai di stadium dan selepas berbincang lanjut dengan jurulatih masing-masing, keputusan telah diambil untuk menangguhkan perlawanan.

Persekutuan bola sepak Sepanyol (RFEF) juga secara rasmi mengumumkan bahawa perlawanan itu telah dihentikan serta merta dan digantung dahulu, tanpa memberikan butiran lanjut mengenai bila ia akan disambung semula.

Saksikan di sini detik gila itu:

Real Betis kini bakal berdepan tindakan kerana kelakuan penyokong mereka. Dan sudah pastinya Real Betis akan mencari pelaku tersebut dengan bantuan CCTV di dalam stadium.

Penyokong tersebut boleh dikenakan tindakan berat termasuk dibatalkan pas bermusim dan digantung daripada datang ke Benito Villamarin untuk seumur hidup.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu