VIDEO: Aksi Memukau Minamino Selepas Mengambil ‘Inglish Edukesyen’

Prestasi Takumi Minamino dalam pra musim kali ini terus cemerlang pada kali ini.

Selepas membuka akaun gol beliau dalam aksi Perisai Komuniti berdepan Arsenal, pemain kebangsaan Jepun itu sekali lagi menunjukkan aksi cemerlang berdepan Blackpink ehhh, Blackpool.

Liverpool melakukan aksi panas badan sebelum memulakan kempen mempertahankan kejuaraan EPL tak lama lagi.

Liverpool mencipta kemenangan 7-2 ke atas pasukan League 1 Blackpool.

The Reds ketinggalan dengan dua gol di belakang pada awal 33 minit pertama. Ini selepas aksi terlalu hambar daripada Liverpool pada awalnya.

Gol Blackpool adalah menerusi CJ Hamilton and Jerry Yates (dari sepakan penalti).

Namun The Reds akhirnya sedar dan cepat insaf di atas kehambaran mereka dan merapatkan jurang pada minit ke-43.

Pada separuh masa kedua, tanpa ingat bahawa Blackpool adalah kelab Lord Adams Satu ketika dahulu, Liverpool menjaringkan 6 gol.

Sadio Mane, Roberto Firmino, Harvey Elliott, Takumi Minamino, Divock Origi dan budak wicet, Sepp van den Berg semua menjaringkan gol selepas perlawanan disambung.

Namun netizen sangat tertarik dengan prestasi Takumi Minamnino. Pemain yang dibeli £7.25 juta dari Red Bull Salzburg pada Januari.

Di mana beliau agak bergelut dengan prestasi pada musim pertamanya.

Tetapi dalam aksi pramusim pada kali ini Takumi Minamino menunjukkan betapa beliau sudah semakin serasi.

Bagus Minamino

Antara sebab utama adalah Inglish Edukesyen (cakap nada Usop Wilcha).

James Pearce sebelum ini melaporkan bahawa pemain kebangsaan Jepun itu mengambil kelas pemerkasaan bahasa Inggeris secara intensif sepanjang tiga bulan tempoh Lockdown.

Ianya sangat penting untuk adaptasi lebih baik ke dalam skuad Liverpool.

Berkat kesungguhan beliau, Minamino ternyata memiliki komunikasi lebih baik dalam padang. Sebelum ini Klopp sendiri pun hairan para pemain lain seolah olah tak nampak di mana Minamino?

Klopp memuji aksi Minamino selepas tamat aksi persahabatan semalam.

“Kawe harap, Minamino akan semakin konfiden dehh. Jelas sekali itu la yang kita nak tengok daripada Minamino.”

“Game ni penting buat Taki dan kami juga. Semuanya digarap sebagai satu persembahan secara berpasukan.”

Lihat sendiri aksi pemuda Jepun ini yang sangat sharp.

 

Minamino sertai Liverpool

Pada Januari lalu, maka rasminya saga perpindahan Takumi Minamino dimuktamadkan. Dan pemain itu telah sah menjadi milik Liverpool FC.

Liverpool dalam kenyataan mereka menyatakan:

“Liverpool boleh mengesahkan perjanjian telah dicapai dengan Red Bull Salzburg untuk perpindahan Takumi Minamino.”

Liverpool dilaporkan telah membayar klausa pelepasan yang ada pada pemain tersebut.

Penyerang antarabangsa Jepun secara rasminya akan menjadi pemain Reds pada 1 Januari 2020. Ini kerana pendaftaran pemain hanya boleh dibuat ketika itu.

Minamino memberitahu Liverpoolfc.com: “Ianya adalah mimpi, impian saya untuk menjadi salah seorang pemain Liverpool. Dan saya sangat teruja, kini ianya telah menjadi kenyataan.”

“Untuk beraksi di Liga Perdana adalah salah satu sasaran saya dalam karier. Saya rasa ini adalah liga terbaik di dunia.”

“Dan saya merasakan saya perlu mengembangkan kerjaya saya sebagai seorang pemain, maka suatu hari nanti saya akan dapat bermain di Liga Perdana Inggeris.”

“Tetapi saya tidak pernah terfikir bahawa saya boleh bermain dengan pasukan ini [Liverpool FC], dan saya sangat gembira. Saya sangat menanti-nantikan detik ini. ”

Minamino telah berhadapan dengan Liverpool dua kali musim ini ketika mewakili Salzburg dalam pertemuan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Malah, pemain berusia 24 tahun itu juga bermain ketika di Anfield pada Oktober tahun lalu ketika beliau membantu pasukannya bangkit 3-3. Namun gol Salah memberikan kemenangan kepada Liverpool.

Baru-baru ini, Minamino melengkapkan aksi 90 minit untuk Salzburg ketika Reds menang ke atas Salzburg. Dan Minamino sekali lagi beraksi cemerlang.

Liverpool mara ke pusingan kalah mati UCL, mengenepikan saingan pasukan lama beliau ketika itu.

“Dari 2 aksi itu, saya dapati pasukan ini mempunyai tahap teknik dan intensiti yang tinggi,” katanya.

“Bola sepak mereka begitu tinggi dan saya merasakan kualiti mereka sebagai UCL. ”

Nak bagi Liverpool EPL, dan dah settle

Minamino ketika itu berjanji nak berikan Liverpool EPL dan UCL.

“Namun saya rasa lebih gembira kerana saya boleh bermain dalam pasukan ini. Saya sangat gembira menjadi sebahagian daripada pasukan ini.”

“Matlamat saya ialah untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara, dan memberi sumbangan yang baik kepada pasukan.”

Semasa berpindah ke Anfield, beliau bermain selama lima tahun dengan Die Mozartstädter, yang disertainya dari Cerezo Osaka pada Januari 2015.

Keseluruhannya, Minamino membuat 199 penampilan untuk Salzburg, menjaringkan 64 gol.

Selain itu beliau telah memperoleh 22 caps untuk Jepun dan menjaringkan 11 kali sejak membuat debutnya pada Oktober 2015.

Minamino diberikan jersi no.18.

 

Baca yang lain