[VIDEO] Aksi Pemain Tenis Rusia Ini Membuatkannya Disumbat Dalam Lokap Kerana Mengatur Perlawanan

Pemain tenis Rusia, Yana Sizikova ditahan di Perancis oleh polis negara tersebut untuk membantu siasatan skandal mengatur perlawanan.

Pemain berusia 26 tahun itu merupakan pakar acara beregu. Dia bermalam di lokap selepas siasatan yang dilakukan ke atasnya mendapati bahawa dia terlibat dalam skandal mengatur perlawanan pada Oktober lalu.

Sizikova kantoi selepas sindiket yang mengatur perlawanan itu ditumpaskan dan menyebut namanya antara mereka yang terlibat secara langsung.

Dalam aksi terbaru, Sizikova juga menimbulkan keraguan ramai pihak dalam aksi kekalahan straight set dengan skor 6-1, 6-1. Sizikova bergandingan dengan Ekaterina Alexandrova tewas di tangan pasangan Australia, Ajla Tomljanovic dan Storm Sanders.

Menurut akhbar Le Parisien, Sizikova ditangkap ketika dia sedang berada di bilik urut. Ketika itu, bilik tempat dia menginap turut digeledah.

Laporan sama menyebut bahawa Sizikova disiasat untuk perlawanan menentang pasangan Romani, Andreea Mitu dan Patricia Maria Tig. Ketika itu Sizikova bergandingan dengan pemain tenis dari AS, Madison Brengle.

Dalam perlawanan tersebut pasangan Sizikova-Brengle kalah 7-6 dan 6-4.

Satu video kemudian dikeluarkan oleh netizen memaparkan beberapa tindakan yang mencurigakan dilakukan oleh Sizikova.

Sizikova juga melakukan beberapa pukulan yang lemah dan dilihat sengaja membiarkan bola itu masuk.

Di meja pertaruhan, ratusan euro dipertaruhkan jika peserta AS-Rusia itu memberikan mata servis kepada lawan. Dan Sizikova memberikan 3 mata berpunca daripada kesilapan servisnya dan 2 daripada servisnya adalah batal.

Menurut laporan Wire Tass di Rusia, peguam Sizikova sudah berikrar bahawa mereka akan melawan tuduhan itu.

Kes Sizikova adalah berat. Jika bersalah dia berdepan hukuman 5 tahun penjara dan denda €500,000 serta penggantungan panjang – kemungkinan penggantungan seumur hidup daripada acara tenis profesional.

Sizikova kini berada di ranking ke-101 dalam acara beregu dan ke-765 dalam acara persorangan. Dalam akriernua dia sudah memenangi wang tunai terkumpul $206,617 dalam masa 11 tahun.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di