[VIDEO] Aksi Rare Neuer Terciduk Ketika Cuba Menggelecek Penyerang Lawan

Kebolehan ‘sweeper-keeper’ Manuel Neuer telah lama terbukti sehingga dia dianggap sebagai seorang revolusioner dalam peranan itu.

Namun ada kalanya, dia terciduk juga. Bukan selalu la, sebab dia punya keyakinan tu memang sukar dijelaskan.

Dalam dunia bola sepak, aksi fancy akan nampak luar biasa kalau menjadi. Namun kalau tak jadi, akan membuatkan si pelaku kelihatan agak bodoh. Itulah hukumnya.

Dalam perlawanan pembukaan Bundesliga Bayern Munich menang besar ke atas Eintracht Frankfurt. Dan perlawanan itu dihiasi oleh kesilapan memalukan oleh Neuer.

Walaupun kehilangan Robert Lewandowski kepada Barcelona, ​​​​Bayern menunjukkan mereka tidak kehilangan sebarang sengat untuk menjaringkan gol ketika mereka mendahului 5-0 pada separuh masa menentang Frankfurt.

Dan terus kelihatan akan mendominasi Liga Jerman itu sekali lagi.

Baiklahhh…

Skuad kendalian Julian Nagelsmann kelihatan sangat kejam dan, sebenarnya, mungkin sepatutnya boleh menjaringkan lebih daripada lima gol di hadapan apabila wisel separuh masa.

Namun selepas bersambung babak kedua, Bayern dilihat mengurangkan sedikit intensiti mereka. Dan pada minit ke-64, Neuer terciduk kerana terlalu santai. Dia cuba menggelecek pemain lawan.

Walaupun biasanya Bayern boleh bergantung kepada penjaga gol legenda Jerman mereka itu untuk menyelamatkan mereka sebagai orang terakhir,  di mana dia selalu naik ke kedudukan tinggi yang agak menyeramkan kita melihatnya di luar kotaknya, kali ini kesilapannya memberikan gol kepada Randal Kolo Muani dari Frankfurt.

Dia seperti biasa, berdiri dengan tenang di luar kotaknya, Neuer kelihatan terkejut dengan hantaran yang diberikan kembali ke arahnya dan membuat sentuhan pertamanya kacau-bilau. Dan dengan Kolo Muani mengejar hantaran ke belakang itu, sentuhan pertama yang lemah membolehkannya menerkam dan memerangkap Neuer yang cuba menggeleceknya.

Penjaga gol 36 tahun itu kemudiah melakukan sentuhan kedua yang sama buruk dalam usahanya untuk keluar dari tekanan bahaya dan tertewas ketika Kolo Muani memasukkan kakinya untuk mencuri bola, dengan Neuer tersungkur. Kolo Muani tanpa berlengah terus merembat bola ke jaring kosong, membuatkan Neuer dan Bayern hanya mampu menahan malu.

Namun gol itu sebenarnya hanyalah saguhati. Kerana Bayern terus menambah satu lagi gol menjadikan kedudukan 6-1. Mungkin Neuer tahu peminat bola sepak kurang berminat dengan Bundesliga yang dianggap Bayernliga agaknya. Sebab tu dia buat benda benda seperti itu sebagai elemen hiburan.

Saksikan detik tersebut di sini:

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi