[VIDEO] Aksi Shaw Dirasuk Roh Carlos Ketika Menentang Soton, Ini Kisah Kebangkitan Beliau

Luke Shaw mempamerkan satu lagi persembahan memukau musim ini. Nama Luke Shaw menjadi perhatian dalam beberapa bulan kebelakangan ini kerana peningkatan prestasi yang ketara.

Dalam aksi berdepan dengan Southampton, Shaw dianggap dirasuk roh Roberto Carlos. Menggambarkan beliau berada dalam prestasi terbaik.

Shaw menghadirkan ancaman serangan yang sangat tinggi selain daripada lasak bertahan.

Shaw melakukan 100% tackle bersih. Dengan 92% ketepatan hantaran. 17 daripadanya adalah hantaran di kotak serangan.

Jika musim sebelum ini Shaw tular kerana video lenggang kangkungnya ketika track back, namun dalam aksi kali ini Shaw memenangi semula bola 7 kali.

Sumbangan ketika menyerang Shaw turut disempurnakan dengan 5 peluang diciptakan Shaw untuk rakan rakannya di hadapan.

Dengan 2 daripada adalah peluang keemasan. Shaw melengkapkan malam indah dengan dua assist. Anda bayangkan Wan Bissaka pun boleh skor. Bermakna assist itu benar benar padu.

Man United menang 9-0 ke atas Southampton. Gol gol United adalah menerusi Wan Bissaka, Marcus Rashford, Cavani, Martial (2), McTominay, Bruno Fernandes, Daniel James dan satu jaringan sendiri Jan Bednarek.

Saksikan rangkuman aksi Shaw berdepan dengan Southampton di sini.

Prestasi Shaw yang luar biasa

Ianya mengambil 7 tahun untuk Shaw benar benar membuktikan bahawa beliau adalah bek kiri £30 juta yang ketika itu dianggap sangat mahal untuk seorang pertahanan sisi.

Pada 2017, Shaw hampir menamatkan kariernya di Man United selepas dikritik oleh Mourinho yang meminta pemain baharu untuk menggantikannya.

Mourinho ketika itu tanpa berselindung berkata: “Saya yang membuat setiap keputusan untuk dia [Luke Shaw]. Dia kena ubah otak bola sepaknya.”

“Dia bermain di atas padang dengan menggunakan otak saya. Dia ada di hadapan saya dan saya yang memberitahunya apa yang harus dilakukan.”

Prestasi semasa Shaw memungkinkan beliau akan kembali mendapat tempat dalam pasukan utama negaranya selepas ini.

Sejak menyertai Man United pada 2014, Sahw telah bergelut dengan kecederaan dan prestasi kurang memuaskan. Berbeza sekali musim ini prestasi beliau nampak mantap dan efektif.

Kedatangan Alex Telles mungkin salah fatu faktor penting kepada peningkatan ini. Telles awalnya dijangka akan terus mendapat tempat secara automatik dalam pasukan kerana pesaing beliau adalah Shaw.

Namun itu tak berlaku. Shaw terus meningkat dengan mendadak. Dalam aksi berdepan Soton, Shaw berterusan memberikan ancaman dan sokongan kepada rakan rakannya.

Musim ini Shaw memperbaiki kualiti larian dan juga hantarannya. Melayakkan beliau menjadi pemain utama pada ketika ini.

Baca yang lain