[Video] Aksi Ziyech vs Sheffield Yang Menggembirakan Lebih 489k Pemilik Barunya Di FPL

Hakim Ziyech dibeli oleh Chelsea dari Ajax dengan harga £36 juta. Beliau terlepas beberapa aksi pasukan utama kerana dalam proses rehabilitasi pemulihan daripada kecederaan.

Chelsea memulakan musim ini dengan beberapa keputusan yang kurang memuaskan.

Kehadiran Ziyech memperkuat pasukan utama sebaik sahaja beliau cergas antara perkara yang sangat dinantikan Frank Lampard.

Dan jelas sekali pemain itu tidak menghampakan bos baru beliau.

Chelsea kini dihujani dengan gol dalam 4 perlawanan terakhir yang ada Ziyech dalam kesebelasan utama.

Dalam tempoh tersebut Chelsea sudah menjaringkan 14 gol.

Ziyech sendiri telah menyumbang kepada lima gol itu (2 gol , 3 assist) dan bintang Maghribi itu memberikan persembahan terbaiknya untuk kelab itu ketika menentang Sheffield United.

Pemain berusia 27 tahun itu menciptga dua dari empat gol Chelsea menentang Blades, mencipta enam peluang secara keseluruhan – yang paling banyak oleh mana-mana pemain dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kreativiti dan kelicikan Ziyech dilihat menjadi tunjang penting dalam usaha Chelsea mencabar kejuaraan liga pada musim ini.

Bagi pemain yang bermain sekurang kurangnya 180 minit, Ziyech mencatatkan potensi assist paling tinggi dari segi nilai per 90 minit dengan 0.57 potensi assist dilakukan.

Saksikan rangkuman aksi genius Hakim Ziyech semalam.

Bagi pengurus FPL, Ziyech telah dibeli seramai 489,814 pemilik baharu. Dan jelas beliau tidak menghampakan bos barunya.

Dalam aksi semalam, Chelsea bangkit daripada ketinggalan 1 gol untuk menang besar dengan 4-1.

Gol gol Chelsea dijaringkan oleh Tammy Abraham, Ben Chilwell, Timo Werner dan Thiago Silva.

Ziyech menjadi pemain terbaik perlawanan dengan prestasi luar biasa beliau.

 

Baca yang lain