VIDEO: Assist Tumit Benzema Yang Jahat, Ingat Pada Assist Guti?

Karim Benzema terus menjadi bualan ramai sejak liga bersambung semula. Ini selepas beliau sekali lagi menunjukkan aksi cemerlang beliau untuk Real Madrid.

Sebelum ini Benzema menjaringkan gol yang membolehkan pasukannya berada di puncak liga.

Kali ini Benzema melakukan assist yang sangat licik dan nakal. Sekali lagi membantu Real Madrid untuk kembali ke pucak liga memintas Barcelona dengan 2 mata.

Backheel itu dilakukan dari byline ketika Benzema ditekan oleh pertahanan. Bola itu disambar Casemiro untuk gol kemenangan pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Karim Benzema cemerlang dalam perlawanan di antara Espanyol vs Real Madrid. Assist beliau mendapat pujian daripada Casemiro.

Di mana Casemiro mengatakan bahawa gol itu adalah ‘gol Benzema’ kerana dia menjadikan perkara mustahil kepada kemungkinan.

Casemiro berkata: “Ini adalah gol Karim. Kami terbiasa dengan kualiti yang dia miliki dan kualiti yang dia tampilkan. Saya harus merayakan bersamanya karena kredit selayaknya diberikan kepadanya,” ujar Casemiro.

“Kita tahu kualiti dia dan itulah mengapa saya meminta bola kepadanya, kerana saya tahu dia akan menemui saya,” sambungnya, seperti yang diperik dari Marca.

Sama seperti Casemiro, Zidane pun turut memuji kualiti permainan Benzema yang menjadi salah satu kekuatan Madrid dalam usaha mendahului Barcelona dalam persaingan liga.

“Saya tidak terkejut dengan apa pun yang Karim lakukan. Dia adalah pemain yang mampu menunjukkan sesuatu di lapangan, kontrol bola, tumit dan umpanannya sungguh hebat.”

Ramai yang mulai membandingkan assist itu dengan Guti. Malah ada yang menyatakan Benzema belajar daripadanya. Ini kerana ketika itu Benzema menjadi penyudah gol.

Dengan kemenangan itu Real Madrid terus memimpin carta liga.

Benzema berjaya mengatasi masalah krisis prestasi serangan Madrid yang sebelum ini berharap agar Luka Jovic dapat memberikan sengatnya di dalam pasukan.

Namun jelas sekali Karim Benzema masih nombor sembilan terbaik dimiliki Real Madrid pada ketika ini walaupun beliau sudah berusia.

Dalam aksi semalam, Benzema turut menghadirkan beberapa ancaman ke arah gawang lawan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.