[VIDEO] Banner Cats Lives Matter Lalu Atas Anfield

Peminat Liverpool telah menempah kapal terbang khas menerbangkan mesej bertulis Cats Lives Matter ataupun Nyawa Kucing Juga Penting.

Ianya seolah olah parodi kepada kempen Black Lives Matter / BLM. Kempen kesedaran agar dunia sedar bahawa nyawa orang kulit hitam juga berharga. EPL antara liga yang menganjurkan acara sokongan kepada BLM sebelum sepak mula. Di mana para pemain akan berlutut terlebih dahulu.

Musim sebelum ini ianya adalah wajib. Namun pada musim ini ia adalah optional. Namun masih banyak pasukan dan pemain memilih untuk meneruskannya.

Berbalik kepada apa yang berlaku di Anfield semalam.

Mesej Cats Lives Matter itu adalah ditujukan kepada Kurt Zouma yang sebelum ini tular di mana videonya dirakam ketika dia sedang menyepak dan menampar kucingnya.

Ini bukanlah kali pertama peminat bola sepak menyakat Kurt Zouma selepas insiden tersebut.

Malah perlawanan menentang Newcastle, penyerang Magpies, Chris Woods dikatakan telah membuat bunyi meow sepanjang perlawanan setiap kali ada Zouma berdekatan dengannya. Para peminat Newcastle turut membawa belon kucing ke dalam stadium.

Di Anfield, para peminat dan pencinta kucing telah membawa banter ini ke tahap baharu. Di mana banner Cats Lives Matter dikibarkan dengan pesawat.

Pesawat tersebut lalu menjelang sepak mula di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan West Ham United.

Perkara itu menimbulkan rasa lucu di kalangan peminat. Malah di seksyen tempat duduk di Anfield ada yang membawa replika kepala kucing yang besar dengan mesej tertulis: “Jangan sepak saya.”

Pemain pertahanan West Ham United, Kurt Zouma telah pun mengeluarkan permohonan maaf selepas video dia menganiayai kucing tersebar di media sosial. Dia benar benar kesal dengan perkara itu.

Perkara itu turut benar benar mengejutkan ramai pihak. Kerana Zouma dikenali dengan imej budak baik dan seorang yang ceria. Namun apa yang berlaku benar benar sukar dipercayai apabila pemain asal Peracis itu dilihat mengambil kucing peliharaan keluarganya dan menendangnya ke dapur sambil tergelak gelak bersama seorang lagi lelaki dipercayai abang Zouma.

Video asal tersebut dikongsikan oleh abang Zouma yang memaparkan Zouma menyepak dan kemudian memukul kucing di rumah itu.

Zouma kemudian tampil dengan permohonan maafnya. Dia berkata: “Saya juga ingin menyatakan betapa saya sangat menyesal kepada sesiapa yang rasa tersinggung dengan video itu,” kata Zouma. ”

“Saya ingin memberi jaminan kepada semua bahawa kedua-dua kucing kami baik-baik saja dan sihat.”

“Mereka disayangi dan disayangi oleh seluruh keluarga kami, dan tingkah laku ini adalah kejadian terpencil yang tidak akan berlaku lagi.”

West Ham juga mengeluarkan kenyataan berjanji bahawa mereka akan menangani insiden itu secara dalaman. Mereka akan bersemuka dengan Zouma di atas perkara tersebut.

“West Ham United tanpa ragu mengecam tindakan pemain kami, Kurt Zouma, dalam video yang telah tersebar,” kata kenyataan itu.

“Kami telah pun bercakap dengan Kurt dan akan menangani perkara itu secara dalaman, tetapi kami ingin menjelaskan bahawa kami sama sekali tidak membenarkan kekejaman terhadap haiwan.”

Zouma telah melakukan sepakan voli ke atas kucing itu dan membalingnya. Selepas itu dia memberikan tamparan keras di kepala kucing tersebut. Abangnya pula sekadar bergelak ketawa melihat aksi adiknya.

Ini adalah video yang dikongsikan di media sosial tersebut.

Amaran: Konten di bawah mungkin terlalu sensitif untuk sesetengah orang. Tonton atas tanggungjawab sendiri. Dan jangan melakukan kekejaman ke atas haiwan.

Zouma walaubagaimanapun terlepas daripada tindakan undang undang. Walaupun kucingnya telah dibawa ke pusat penjagaan kucing selepas itu.

 

 

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu