[VIDEO] Barnsley-Birmingham Mencipta Momen 50 Saat Paling Sia Sia Dengan ‘Gelembung Buaya’

Sebilangan peminat bola sepak akan berpendapat bahawa Liga Kejuaraan adalah liga paling menarik di dunia. Ini kerana para pemain bermain dengan karakter mereka tanpa tekanan yang kuat seperti di EPL. Kata mereka la. Ramai pemain muda menonjolkan diri untuk menarik minat kelab besar.

Namun sebenarnya, agak mengecewakan jika korang baru melihat aksi Liga Kejuaraan / Championship Inggeris dan menonton aksi di antara Barnsley dan Birmingham. Kerana ia mungkin akan mengubah perspektif anda lalu kemurungan.

Peringkat kedua dalam hierarki bola sepak England itu dianggap paling menarik kerana kejuaraan yang tidak dapat diramalkan, sementara play-off pada akhir setiap musim selalu ada drama.

Harus diakui terdapat beberapa pasukan yang sangat baik dan pemain berbakat dalam Kejuaraan; namun, klip 50 saat dari pertembungan antara Barnsley dan Birmingham City baru-baru ini menjadi viral di media sosial dengan mencemarkan imej dan reputasi liga kejuaraan Inggeris.

Perlawanan itu berlangsung di Oakwell hujung minggu lalu. Barnsley meraih kemenangan 1-0 hasil daripada gol dari Daryl Dike pada awal babak kedua. Tykes kini berada di tempat keenam di carta liga, sementara Birmingham berjuang untuk keluar dari kelompok bawahan di tempat ke-21.

Video menunjukkan pemain daripada kedua dua pasukan dengan riang ria melakukan aksi sepakan lambung gelembung buaya. Dan ianya berlarutan hampir seminit. Ianya memang sukar dipercayai. Para pemain seperti main sepak raga di atas padang.

Ramai peminat kecewa. Malah ada yang berkomentar: “Ya Tuhan, bencana apakah yang aku baru tengok ni?”

TeamTalk menulis kapsyen: “Ini menyeksa mata dan jiwa raga.”

Ramai lagi memberikan komen tentang detik lambung melambung tanpa arah tujuan itu.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di