[VIDEO] Ben Askren KO Awal Lagi, Kali Ini Di Tangan YouTuber Jake Paul

Jake Paul benar benar menciduk Ben Askren di gelanggang tinju dan mencipta sejarah dalam kariernya.

Sebelum ini Jake Paul dianggap sengaja cari nahas dengan mencabar Ben Askren. Dia merupakan atlet tinju YouTube.

Beberapa siri kutuk mengutuk di antara kedua dua petarung. Ben Askren diramal tiada masalah nak membantai Jake Paul selepas Askren sangat yakin Paul akan menyesal walaupun dia melakukan pertukaran disiplin ke gelanggang tinju.

Namun dalam aksi di Atlanta itu, Jake Paul menewaskan Ben Askren dengan KO dalam masa 1:59′ pada pusingan pertama.

Ben Askren sebelum ini dilutut Masvidal juga KO dalam pusingan pertama dalam aksi MMA di gelanggang octagon UFC.

Bekas petarung One Championship itu sekali lagi menanggung malu, mungkin yang paling memalukan kerana tewas di tangan petinju YouTuber.

Jake sebelum pertarungan memberitahu dunia bahawa beliau akan menewaskan Ben Askren pada pusingan pertama. Dan siapa sangka ianya benar-benar berlaku.

Jake sendiri menganggap ini adalah momen paling gila salam hidupnya.

“Ini adalah detik paling gila di dalam hidup saya. Saya sudah bagi tahu kamu semua sebelum ini yang saya akan menewaskan dia pada pusingan pertama. Dan saya dah kata kepada kamu semua bahawa saya adalah petarung sejati.”

“Entahlah, berapa banyak lagi saya perlu buktikannya kepada kamu semua. Hari ini adalah bukti sebenar.”

Jake Paul berjaya mengawal pertarungan dengan tenang. Dan kemudian mengepam satu jab ke arah Askren. Namun Askren kemudian melakukan tumbukan deras tanda amaran bahawa dia seorang atlet tempur sejati.

Malangnya Askren kemudian didominasi. Dan tertewas awal dengan satu tumbukan tangan kanan oleh Jake yang membuatkan Askren tak dapat berdiri dengan steady selepas kiraan 8.

Baca yang lain