[VIDEO] Benzema Kawal Bola Dengan Belakang Dan Skor

Karim Benzema melakukan kawalan bola yang luar biasa sekali lagi. Sebelum ini dalam aksi bersama Perancis, Karim Benzema menggunakan trik kaki yang sangat baik.

Dia menarik bola yang berada di belakangnya dan kemudian mencipta peluang gol yang terbuka.

Tapi kali ini dalam aksi La Liga berdepan Mallorca, pemain penyerang tersebut menggunakan belakangnya untuk mengawal bola dan skor.

Dalam aksi tersebut Real Madrid menang besar 5-1. Asensio menjaringkan hatrik dan tidak meraikan kesemua golnya berdepan kelab lamanya.

Real Madrid terlalu sukar digugat dalam perlawanan ini. Di mana Carlo Ancelotti memuji aks tajam anak anak buahnya di hadapan.

Kawalan tak masuk akal

Karim Benzema menyumbang dua gol lagi dalam perlawanan ini sementara Isco juga turut berada dalam senarai penjaring.

Gol kedua peribadi Benzema dalam perlawanan ini yang luar biasa betul kawalannya.

Mungkin ada yang akan menyatakan bahawa ianya fluke ataupun tak sengaja, tetapi ianya masih lagi sentuhan dan gol yang genius.

Lihatlah sendiri:

Cantik bukan. Benzema kini menjadi pemain paling banyak menyumbang kepada gol dari kalangan pemain pemain 5 liga utama Eropah.

Benzema terus menjadi antara penyerang elit di Eropah. Beliau sudah kembali semula ke dalam pasukan kebangsaan Perancis setelah sekian lama disisihkan.

Dalam skuad Real Madrid sekarang, beliau adalah bintang utama dan pemain senior mereka.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di