Video Bola Sepak Versi Penjarakan Sosial Di Kemboja Tular Dan Benar Benar Wujud, Ini Cara Ia Dimainkan

Covid 19 telah membuatkan bola sepak berehat seketika secara total, tak kira liga profesional, liga sosial, dan aktiviti bola sepak dengan kawan kawan.

Banyak normal baharu yang terpaksa dilalui oleh manusia.

Ketika Jerman mengumumkan liga mereka akan disambung, pengulas terkemuka Gary Lineker menyatakan: “Mustahil kamu bermain bola sepak dengan social distancing.”

Memang ia mustahil namun Jerman mengambil pendekatan social distancing di bangku simpanan serta di kawasan teknikal. Stadium kosong dan had pemain dan pegawai untuk berada di satu venue diwartakan.

Namun memang tak terfikir dek akal nak bermain bola sepak dengan social distancing di atas padang. Tetapi kini ianya benar benar tak mustahil.

Jadi untuk versi yang dengan penjarakan sosial secara total iainya benar benar wujud.

Di Kemboja, telah tular video memaparkan ada NGO yang memperkenalkan bola sepak yang berasaskan social distancing.

Persatuan yang berpangkalan di Phnom Penh iaitu Indochina Starfish Foundation (ISF) telah mengilhamkan cara bermain bola sepak ketika pandemik.

Dengan adanya bola sepak seperti ini, ia membantu jurulatih melatih para pemain untuk latihan kecergasan, ball mastery, dan pada masa yang sama bermain bola seperti biasa, cuma pada jarak yang dijaga.

Matlamat utama adalah kanak kanak dan pelaja sekolah, di mana mereka terus diberikan aktiviti yang menyeronokkan.

ISF memang sebuah badan yang memnfokuskan kesihatan kanak kanak secara mental dan fizikal. Mereka menekankan aspek pendidikan dan kecergasan fizikal harus dibangunkan selari.

Walaupun ketika ini tidak ada lagi lockdown di Kemboja, namun negara tersebut tetap mengamalkan penjarakan sosial sebagai salah satu tanggungjawab peribadi setiap orang bagi mengekang penularan virus.

Sekolah masih lagi ditutup sebagai langkah berjaga jaga dan pencegahan.

Bukan semua kanak kanak ada gajet dan konsol gaming. Jadi mereka bergantung kepada riadah seperti bola sepak di lorong, di padang depan rumah sebagai aktiviti.

Bola sepak ini dimainkan dengan para pemain tak boleh mendekati pemain lain. Mereka hanya berada di kotak ataupun kawasan mereka sendiri.

Setiap kawasan ditanda dengan x dan juga garisan sempadan di antara mereka. Para pemain dan pengadil juga menggunakan topeng/ pelitup muka.

Ia mirip table football yang korang pernah main dengan kawan kawan masa korang kecik.

Siapa sangka format hampir serupa itu sebenarnya praktikal digunakan pada musim wabak.

Korang tengok sendiri di sini:

Power bukan idea ini. Mungkin kerajaan Malaysia juga boleh mempertimbangkan bola sepak gaya ini dimainkan di sekolah selepas ini. Dengan garis panduan yang ditetapkan.

Bukan sahaja di Kemboja, malah di beberapa negara lain termasuk Sepanyol dan Argentina turut memperkenalkan bola sepak dengan social distancing ini di sekolah sekolah dan kawasan tertentu.

Ini kerana mereka berbeza dengan akademi profesional yang ada doktor, pakar kesihatan sendiri.

Salah satu cara untuk memastikan bola sepak terus dimainkan adalah dengan social distancing.

Baca yang lain