[VIDEO] Cavani Memberikan Tips Kepada Tuanzebe Sebelum Berdepan Mbappe Dan Neymar

Manchester United memuat naik satu video di mana mereka melihat Edinson Cavani sedang bercakap cakap dengan Axel Tuanzebe di latihan sebelum perlawanan menentang PSG.

Lantas mereka menegaskan Cavani sebenarnya telah memberikan tips kepada pertahanan muda itu cara bertahan berdepan dengan serangan PSG terutama sekali Mbappe dan Neymar yang akan banya berada di zon beliau.

Tuanzebe menjadi salah seorang calon pemain terbaik perlawanan selepas berjaya mendiamkan Neymar dan Mbappe dalam aksi kemenangan 2-1 Manchester United.

Cavani menyertai United menerusi perpindahan yang lalu. Namun Solskjaer menyatakan pemain itu tak cukup bersedia untuk beraksi – walaupun beliau sudah cukup cergas dan menyertai latihan penuh.

Cavani sudah beraksi dengan PSG selama 7 tahun. Dan beliau tahu serba serbi kekuatan dan kelemahan bekas rakan sepasukannya itu.

Lihat video itu di sini:

PSG merupakan mantan terindah Cavani di dalam kariernya. Beliau menempa banyak kejayaan bersama dengan gergasi Perancis itu dalam revolusi pemilikan Qatar.

Namun Cavani memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya bersama PSG.

Axel Tuanzebe beraksi dengan sangat cemerlang dalam aksi berdepan dengan PSG walaupun itu adalah aksi kompetitif pertamanya sejak kecederaan teruk musim lalu.

Tuanzebe diarahkan mengawal Kylian Mbappe dalam perlawanan ini. Secara keseluruhannya gred A harus diberikan kepadanya.

Beliau membuatkan Mbappe beberapa kali terciduk.

Tuanzebe melakukan 7 clearances dalam perlawanan ini. Dan kesemuanya dari dalam kotak penalti.

Tiada pemain yang melakukan lebih banyak daripada beliau pada aksi UCL malam tadi.

Prestasi cemerlang Tuanzebe pastinya memberikan kelegaan kepada Solskjaer. Di mana harus diakui ketika ini Man United berdepan dengan krisis kecergasan dan krisis prestasi pemain bek tengah.

Cuma persoalannya yang harus dijawab Tuanzebe selepas ini, mampukah beliau mengekalkan prestasi seperti malam UCL di Paris?

Dalam aksi berdepan PSG, Tuanzebe bermain 90 minit penuh dalam dua sistem berbeza. Melakukan 7 clearances dan 1 bentesan.

Tak sekali pun beliau berjaya dilepasi terutama sekali Mbappe.

92% daripada hantarannya adalah tepat dan memenangi 3 daripada 5 duels beliau terlibat.

 

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali