VIDEO: Coutinho Masuk Dan Bantu Villa Ikat United 2-2, Emi Martinez Berlari Memeluk Fans

Philiipe Coutinho kembali mewarnai EPL. Dan si ahli silap mata kecil itu ternyata masih ada magisnya.

Masuk sahaja, Coutinho tiba bagaikan pelangi, tak bercahya namun dia berseri. Ya dia berseri seri membantu Aston Villa seri dengan 1 assist dan 1 gol.

Man United memulakan perlawanan dengan sangat baik. Mendahului menerusi Bruno Fernandes yang merembat terus masuk membuatkan Emi Martinez dipaksa melakukan kesilapan yang tidak berkarakter.

Kemudian bersambung babak kedua, Villa tampil dengan tempo lebih baik. Tetapi United tetap menambah gol, juga menerusi Bruno Fernandes.

Phil Coutinho yang sebelum perlawanan dikatakan mungkin tak akan diturunkan kerana tidak mahu terburu buru, itu kata Gerrard.

Namun dengan kedudukan 0-2 di belakang, Villa memasukkan segala sumber mereka ada di bangku simpanan.

Coutinho mempamerkan aksi memukau. Melakukan assist kepada Jacob Ramsey pada minti ke-77. Hanya 4 minit kemudian, Coutinho sendiri menjadi penjaring gol. United patut berterima kasih kepada David De Gea yang sekali lagi cemerlang dalam perlawanan ini. Jika tidak, nasib berbeza ditanggung mereka.

Dalam 18 penampilan terakhirnya, Coutinho sudah melakukan 11 gol dan 7 assist.

Ini adalah kali pertama Coutinho mencatatkan 1 assist 1 gol dalam satu perlawanan yang sama menentang Manchester United.

 

Keputusan seri ini bermakna Man United kekal di tangga ke-7 dalam carta liga.

Sementara Aston Villa berjaya mengelak daripada kalah sekali lagi di tangan Man United selepas disingkirkan mereka dalam Piala FA sebelum ini.

Emi Martinez sempat meraikan gol penyamaan Coutinho dengan berlari ke arah fans dan memeluk mereka. Ternyata dia sangat lega. Kerana dia melakukan kesilapan awal perlawanan. Emi mahu menyatakan kekesalannya. Dan pada masa yang sama turut melakukan saves penting.

Aksi Coutinho ini dianggap dream debut kali kedua.

Selepas tamat perlawanan Coutinho menyatakan dia sangat merindui aksi EPL.

Coutinho berkata: “Saya rindukan perlawanan ini, saya rindukan Liga Perdana Inggeris. Saya sangat gembira dapat kembali semula ke sini. Ya saya sedikit gugup. Saya tak pandai sangat cakap orang putih ni. Saya memilih untuk bermain bola sepak berbanding bercakap.”

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di