[VIDEO] De Gea Sound Maguire Kerana Dia Bawa Satu Pasukannya Beratur Di Lorong Salah Di Old Trafford

Peminat Manchester United menyatakan bahawa mereka benar benar malu dengan Maguire. Ini selepas insiden di terowong menyaksikan De Gea seperti bengang dengan pemain itu.

Gambar De Gea berkata sesuatu dengan gaya yang tegas kepada Maguire telah dikongsi peminat. Ada yang merasakan De Gea tak berpuas hati dengan kualiti pertahanan pasukannya dan menembak Maguire.

Sebenarnya, bukan begitu. De Gea dilihat bengang kerana Maguire telah membawa mereka berdiri di lorong yang salah. Dengan beberapa pemain Brighton memandang ke arah mereka dengan gaya sinis.

De Gea dengan tegas meminta Maguire menukar lorong tersebut. Kerana mereka harus sentiasa berada di kedudukan yang betul.

Maguire yang dengan wajah sedikit malu namun control macho telah meminta untuk bertukar lorong dengan pemain Brighton. Kapten Brighton dengan segera mengajak pemain pemain lain bertukar tempat.

Peminat United bernama Latif geli hati melihat kapten mereka: “Hangpa tengoklah sendiri noh, kapten kita. Entah apa la dok ada dalam kepala kelab kita ni nohh, hareyy.”

Di ruangan komen ada yang tidak percaya kini Maguire memasuki tahun keempatnya bersama Man United dan sudah bertahun tahun lamanya menjadi kapten mereka.

Ada juga yang berkata, bayangkan perasaan Ronaldo jika dia berada di situ, silap silap dia terus balik ke rumah.

Seorang lagi warganet menyatakan bahawa dia sudah putus urat ketawa dengan Maguire ni.

Ada peminat menjelaskan bahawa, perkara seperti itu pun Maguire boleh silap, apatah lagi berdepan dengan situasi perlawanan yang sarat dengan tekanan.

Namun yang pasti nampaklah kepimpinan De Gea dalam situasi tersebut.

Manchester United tewas dalam aksi pertama EPL musim ini. Dan ia juga aksi debut Ten Hag bersama United dalam aksi kompetitif.

Dua gol Pascal Gross pada separuh masa pertama hanya mampu dibalas 1 oleh Man United pada separuh masa kedua menerusi gol sendiri Mac Allister.

Ten Hag menyatakan bahawa mereka memulakan perlawanan dengan teruk. Namun membuat perubahan positif pada separuh masa kedua. Cuma masalah mereka adalah tumpul di hadapan gol.

BACA JUGA: Analisis: 3 Perkara Yang Menjatuhkan Debut Ten Hag

Ianya bukan debut untuk diingati oleh Ten Hag. Di mana pasukannya kalah 1-2 di tangah Brighton. 2 gol Pascal Gross dibalas dengan 1 gol – menerusi OG oleh Mac Allister.

Di sini saya gariskan 3 perkara daripada kekalahan ini.

1. Game management untuk false 9

Ianya adalah gabungan daripada banyak perkara. Tak boleh nak salahkan Ten Hag seratus peratus namun dia tetap orang yang bertanggungjawab.

Ketiadaan Anthony Martial membuatkan Ten Hag menjadikan Christian Eriksen sebagai false no.9. Sebelum perlawanan, Ten Hag menyatakan bahawa Eriksen atau Bruno Fernandes boleh menjadi false 9.

Walaupun Bruno Fernandes ada rekod gol luar biasa dalam 2 musim pertamanya di Man United. Namun setiap kali dia diarahkan bermain False 9, impak dia adalah berbeza. Bruno Fernandes adalah pemain penyokong / support kepada penyerang yang sangat bagus namun tidak sebagai false 9.

Berbalik kepada Eriksen, pemain itu memang tak ada rekod yang menunjukkan dia bagus bermain false 9. Pada separuh masa kedua, Ten Hag tahu dia dah buat kesilapan parah dengan memberikan kepercayaan kepada Eriksen untuk menjadi false 9.

Di Ajax Ten Hag seringkali menggunakan Dusan Tadic sebagai false 9 apabila perlu.

Jika Ten Hag menjadikan alasan kekurangan minit perlawanan pada pra musim dengan pasukan sebagai punca Ronaldo tak dapat diturunkan pada kesebelasan utama. Bagaimana pula dengan Eriksen? Pemain itu baru ditandatangani dan dia terus diberikan tempat sebagai false 9.

Jika anda menjadi Ten Hag, siapa anda akan pilih antara Eriksen dan Ronaldo untuk peranan no.9?

Tapi macam yang saya cakap di atas. Tak boleh juga nak salahkan Ten Hag sangat. Dia mungkin memberikan mesej kepada Abang Do bahawa, tiada star yang terus diberikan tempat secara automatik dalam pasukan selepas pemain itu meminta pelepasan daripada tugasan pra musim atas alasan peribadi kan?

Dengan memasukkan Ronaldo pada separuh masa kedua dan menarik Eriksen ke peranan lebih ke bawah, Man United bermain jauh lebih baik. Ronaldo mencipta beberapa peluang untuk rakannya. Malangnya, pemain seperti Rashford dan Sancho sangat tumpul.

2. Pivot lemah

Berdepan dengan pasukan seperti Brighton, memerlukan pivot yang kuat. Di mana Man United terus memberikan kepercayaan kepada gandingan McFred.

Walaupun mereka sekadar Brighton, namun mereka memiliki sistem permainan yang sangat fluid. 3 tahun masa diambil Graham Potter membentuk sistem permainan fluid ini.

Mereka bukan Man City atau Liverpool, namun gaya permainan mereka lebih ke arah itu. Sebab itu impak dijelmakan Brighton setiap kali berdepan Man United sangat kuat. Kerana pasukan Man United tidak memiliki pivot lebih baik di tengah. Adam Lallana menjadi salah satu kunci fluiditi ini.

Fred dan McTominay sangat rajin berlari ke sana sini. Namun dari segi impak kualiti, mereka kurang dalam perlawanan seperti ini.

Fred memberikan impak ketika di final third. Namun tugasan utamanya adalah di tengah, berkawal di situ.

Maka tak hairanlah Roy Keane berkata gandingan McTominay dan Fred tak cukup bagus untuk Man United jika mereka benar benar mahu mencabar kejuaraan.

3. Pertahanan gugup

Walaupun Lisandro Martinez pemain baharu, namun dia adalah pemain yang paling tenang berbanding dengan 3 lagi pemain yang lain.

Mereka gugup pada fasa build up dan juga fasa diserang balas dalam beberapa situasi.

Lihat apa yang Dalot lakukan di fasa build up ini, kerana gugup dia kehilangan bola kerana high pressing lawan. Belum seminit tu.

Gol pertama terhasil dalam keadaan mereka diatasi terlalu mudah di garisan tinggi.

Gol kedua adalah daripada kegagalan memenangi bola kedua. Danny Wellbeck sangat menyusahkan Man United dengan larian tanpa bolanya.

Sepanjang separuh masa pertama Diogo Dalot dan Luke Shaw sangat terdedah. Kemudian back 4 dan midfielder 3 United tidak cohesive. Membuatkan ruang ada di mana mana.

Mereka harus menarik nafas lega kerana tidak bolos dengan lebih banyak sebelum rehat. Di mana Brighton melakukan 12 percubaan ke gawang United berbanding 5 sahaja daripada Setan Merah.

Rumusan

Ten Hag diberikan reality check pada perlawanan pertama. Mungkin lebih baik kan? Kerana dia boleh cuba mencari formula untuk memperbaiki aspek permainan mereka. Dan ini juga isyarat bahawa dia benar benar perlukan kelab memberikannya dana membeli pemain baharu di beberapa posisi penting.

Baca yang lain