[VIDEO] Detik Genius! Trap Control Disusuli Turning Bak Peluru Leandro Berikan Kemenangan Kepada JDT

Leandro membalas kepercayaan Benjamin Mora dengan gol yang sangat indah dalam aksi kedua ACL pada JDT pada musim ini menentang kelab dari Siam iaitu Ratchaburi.

Mora melakukan berberapa perubahan dalam kesebelasan utama beliau. Memberikan tempat kesebelasan utama buat Safiq Rahim.

JDT selayaknya menang perlawanan ini dengan persembahan berpasukan yang baik. Walaupun ianya bukan aksi terbaik JDT namun mereka hari ini nyata lebih baik daripada pasukan lawan dari segi banyak aspek dalam padang.

Pada separuh masa pertama, JDT mempersiakan beberapa peluang untuk gol. Termasuk penalti Bergson yang agak teruk.

Ratchaburi telah diberikan mimpi ngeri oleh JDT dalam perlawanan ini. Di mana skuad dari Malaysia itu melakukan 23 percubaan ke arah gol dengan 7 percubaan tepat. Berbanding hanya 7 daripada Ratchaburi dan hanya 1 tepat.

Jika JDT lebih tajam pastinya Ratchaburi akan dibelasah dalam perlawanan ini.

Malang sekali isu ketumpulan di hadapan gol sekali lagi menghantui JDT. Tetapi ‘keadilan’ untuk pasukan berhak mendapat 3 mata telah ditentukan oleh momen genius daripada Leandro.

Beliau melakukan turning yang cantik dan melepaskan bola bak peluru. Satu cucukan ataupun trap control yang kemas pada sentuhan pertama untuk menaikkan sikit bola bagi membolehkan beliau melakukan voli.

Sukar untuk menjelaskannya, kerana Leandro ternyata melakukannya sebaik mungkin dalam situasi tersebut.

Ianya gol yang sangat penting buat Leandro dan juga JDT selepas beliau agak kurang bermaya pada separuh masa pertama. Namun separuh masa kedua beliau ternyata berbeza.

Leandro kini menjadi pemain JDT yang telah menjaringkan gol untuk JDT atau JDTII dalam enam pentas pertandingan berbeza.

Kemenangan ini membolehkan JDT kini berada di tangga kedua di belakang Nagoya Grampus yang berhempas pulas mendapatkan 3 mata ke atas mereka dalam perlawanan pembukaan.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di