Video: Detik Kesukanan Luar Biasa, Nunez Kagumi Spencer Dan ‘Berikannya’ Bengkung Kejuaraan

Amanda Nunes mempamerkan aksi kelas tersendiri untuk mengekalkan tali pinggang featherweight dengan menewaskan Felicia Spencer dalam aksi kemenangan bersejarah pada UFC250.

Nunes mengatasi Spencer menerusi kemenangan dengan keputusan sebulat suara (50-44, 50-44, 50-45) dalam acara utama hari Sabtu di APEX UFC di Las Vegas, di mana dia melanjutkan lagi rekodn kemenangannya menjadi 11.

Kejayaan terbaru dalam aksi di arena kosong itu menandakan pertama kalinya beliau mempertahankan kelas featherweight yang dirampasnya dari Cris Cyborg setahun setengah yang lalu.

Dan pemegang bantamweight Nunes melakar sejarah, menjadi juara berganda yang pertama berjaya mempertahankan gelarannya dalam dua bahagian sambil memegang kedua-dua tali pinggang kejuaraannya itu.

Nunes menguasai pertarungan dengan Spencer di dalam octagon sejak awal lagi.

Petarung dari Brazil yang hebat itu telah menghasilkan persembahan yang memukau.

Itu adalah aksi tanpa belas kasihan dari Nunes, yang membuatkan petarung dari Kanada, berdarah di mukanya dan dahinya benjol.

Tumbukan dan siku berjaya dilepaskan bertubi tubi. Tetapi entah macamana Spencer berjaya bertahan di pusingan keempat dalam keadaan yang keletihan dan lemah.

Spencer dengan semangat pahlawan berjaya mengheret pertarungan ke pusingan akhir.

Selepas tamat pertarungan, Nunez berkata: “Saya mempertahankan kedua-dua tali pinggang. Saya yang terbaik. Saya sangat gembira sekarang. Saya tidak tahu apa yang seterusnya. Tetapi saya sudah membuktikannya.”

Nunez kini dengan rekod 20-4 dan Spencer dengan rekod 8-2.

Satu detik yang indah disaksikan apabila Nunez membalut bengkung kejuaraannya kepada Spencer. Dia mengagumi petarung dari Kanada itu yang bertahan dengan kental.

Semangat Spencer telah menyentuh hati Nunez. Pertarungan UFC ini hanya berlaku ketika pertarungan masih berlangsung. Selepas tamat bagi Nunez, itu sudah berakhir untuk mereka.

Spencer kelihatan terharu dengan penghargaan daripada Amanda Nunez yang sudah boleh dikira legenda dalam UFC.

Nunez yakin Spencer akan berpotensi menyarung bengkung kejuaraan itu pada suatu hari nanti.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di