[VIDEO] Detik Ozil Debut Di Liga Turki Selepas 322 Hari, Terlibat Dalam Binaan Gol Kemenangan

Mesut Ozil kembali beraksi untuk pertama kalinya selepas hampir setahun ataupun 322 hari. Di mana kali terakhir Ozil beraksi perlawanan profesional adalah ketika Arsenal menang 1-0 ke atas Westh Ham musim lalu.

Ozil melakukan debut untuk kelab yang disokongnya dari kecil iaitu Fenerbahce. Ozil membandingna Fenerbahce dengan Real Madrid di Sepanyol.

Ozil sebelum ini berkata: “Saya membesar sebagai peminat Fenerbahce dari kecil di Jerman. Semua kanak kanak Jerman-Turki akan menyokong satu pasukan bola dari Turki, ketika mereka membesar di Jerman. Dan saya sokong Fenerbahce.”

“Fenerbahce sama seperti Real Madrid di Sepanyol, kelab terbesar di negara Turki.”

Ozil baru sahaja memulakan latihan dengan pasukan utama selepas memeterai kontrak 3 tahun setengah dengan Fenerbahce.

Beliau jelas sekali sudah tak sabar untuk melakukan debut bersama pasukan baharunya.

Debut yang baik

Ozil masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-77 dan memulakan eranya di tanah kelahiran nenek moyangnya dengan kemenangan.

Dan seperti biasa Ozil akan masuk ke padang didahului dengan doa terlebih dahulu.

Playmaker dari Jerman itu menyertai Fenerbahce dari Arsenal. Selepas tidak mempunyai masa depan lagi dalam skuad Mikel Arteta.

Kemasukan Ozil memberikan impak kepada pasukan.

Debut Ozil membuatkan ramai peminat beliau tumpang terharu akhirnya dapat melihat pemain itu kembali beraksi.

Paling teruja sudah pastinya peminat Fenerbahce. Ini adalah detik di mana Ozil diumumkan masuk sebagai pemain gantian.

Di mana beliau terlibat dalam binaan gol kedua perlawanan. Ozil menerima bola di tengah dan melorongkannya kepada Ferdi Kadioglu.

Ferdi melakukan hantaran silang yang secara tidak sengaja ditampan masuk pertahanan Hatayspor, Jean-Claude Billong pada minit ke-88 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Aaron Boupendza mengurangkan separuh defisit untuk Hatayspor pada waktu kecederaan. Jelas sekali gol sendiri Billong adalah penyelamat kepada Fenerbahce.

Kemenangan itu menyaksikan Fenerbahce mengekalkan kelebihan tiga mata ke atas Galatasaray di puncak Liga Super Turki.

Setelah membuat debut di Fenerbahce, Ozil yang gembira memuat naik tweet: “Perasaan luar biasa telah melakukan debut saya untuk Fenerbahce. Dan syabas kepada seluruh pasukan – 3 mata penting.”

“Terima kasih khas kepada penjaga gol kami  Altay Bayindir #YaFenerYa.”

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali