[Video] Detik Vinales Melompat Dari Motor Berkelajuan 218KMJ Kerana Brek Meletup

Bintang MotoGP, Maverick Vinales terpaksa mengambil keputusan drastik untuk melompat daripada motosikalnya ketika sedang dalam kelajuan 218kmj.

Ini selepas berlaku kegagalan teknikal pada bahagian brek beliau ketika di tengah tengah perlumbaan.

Ramai yang pada awalnya menjangkakan Vinales adalah terjatuh, tetapi sebenarnya beliau menjatuhkan dirinya dengan segaja.

Hal ini kerana Vinales mahu mengurangkan impak daripada kemalangan.

Vinales mulai merasai ada perkara tak kena dengan brek beliau selepas selekoh pertama. Di mana brek beliau tidak memberikan respon.

Ketika beliau menghampiri selekoh pelumba itu tiada pilihan selain daripada melompat daripada motosikalnya yang sedang dalam kelajuan yang tinggi.

Vinales mendarat di trek dengan belakangnya terbabas. Namun laporan setakat ini menyatakan beliau tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius.

Ini kerana airbags pada bajunya berfungsi dengan baik.

https://twitter.com/i/status/1297511386008793089

Dalam satu footage video menunjukkan bahawa Vinales menunjukkan kepada bosnya bahawa breknya ada masalah sebelum dia melompat daripada motosikalnya.

Ramai pemerhati menjayakan tindakan Vinales itu sebagai salah satu detik paling mencemaskan dan berisiko dalam MotoGP. Ianya adalah pilihan terakhir yang harus dilakukan oleh pelumba.

Vinales sendiri menyatakan beliau tiada pilihan lain selain daripada melompat daripada motosikalnya untuk mengurangkan impak kemalangan yang lebih teruk.

Red flag dinaikkan, dan ianya memberikan impak kepada Joan Mir, yang sebelum ini sudah menjarakkan diri di hadapan. Dalam usahanya mencari kejuaraan pertama motoGP.

Insiden melibatkan Vinales ini adalah seminggu selepas minggu lalu mengelak daripada kemalangan dengan Valentino Rossi.

https://twitter.com/f1pills/status/1297514481371709440?s=19

Vinales memberikan komen beliau tentang insiden itu, berkata:

“Saya menyedari brek motor saya rosak. Itulah sebabnya saya memilih untuk melompat,” kata Vinales/

“Saya mula kehilangan cengkaman ketika melakukan brek pada pusingan ketiga atau keempat. Saya terus berusaha dan berusaha,” katanya lagi.

“Tiga pusingan pertama, saya sangat perlahan. Kemudian saya terus mencuba, hingga akhirnya saya merasakan brek tidak berfungsi. Fabio Quartararo, Valentino Rossi dan Danilo Petrucci mulai memintas saya.”

“Saya tidak tahu mengapa, tiba-tiba brek berfungsi dengan baik, itulah sebabnya saya dapat mencapai 1 minit 24 saat. Saya memperbaiki jarak dengan Rossi dan Quartararo, sehingga akhirnya brek saya meletup. Saya tidak dapat berbuat apa-apa,” jelas Maverick Vinales lagi.

Bukan perlumbaan yang bagus untuk pasukan Yamaha di Austria pada kali ini selepas banyak insiden menimpa mereka. Pastinya mereka berharap akan bangkit dengan lebih cemerlang selepas ini.

Perkembangan Berkaitan: Double Overtake Oliveira berikannya kemenangan dan podium sulung

Persembahan bertenaga Miguel Oliveira (Red Bull KTM Tech3) berjaya menjadikan beliau sebagai pemenang menerusi manuver di hadapan garisan penamat. Beliau kini menjadi pelumba ketiga bergelar juara MotoGP musim ini.

Terdapat juga kejadian bendera merah dalam perlumbaan ini.

Joan Mir segera meluru ke posisi depan dari awal lagi. Jack Miller dan Takaaki Nakagami mengekori di belakangnya.

Tidak lama selepas itu, Mir melebar di hujung turn 1 dan Jack Miller memanfaatkan kedudukannya.

Valentino Rossi bermula dengan baik dari kedudukan ke-14, The Doctor sudah berada di kedudukan kesembilan pada akhir pusingan pertama perlumbaan Styria MotoGP 2020 ini.

Selepas itu Joan Mir dan Takaaki Nakagami terlibat dalam persaingan sengit untuk mendapat tempat kedua.

Nakagami berjaya menewaskan Mir di pusingan ketiga. Selepas itu dia bergilir memimpin perlumbaan melalui aksinya melewati Jack Miller ketika perlumbaan masih ada 24 pusingan lagi.

Joan Mir, Jack Miller, dan Takaaki Nakagami masih menduduki tiga kedudukan teratas semasa perlumbaan MotoGP Styria 2020 di Red Bull Ring memasuki baki 15 pusingan. Pada masa ini, mereka bertiga hanya dalam jarak kurang dari 1.5 saat.

Namun, drama muncul apabila perlumbaan berbaki 12 pusingan, Maverick Vinales jatuh dari motosikalnya ketika melakukan pecutan dengan jarak 230 km sejam di hujung lurus di ketika masuk ke turn 1.

Vinales nampaknya tidak mengalami kecederaan. Tetapi motosikal itu meluncur dari landasan dan terbakar, membuatkan bendera merah dikibarkan.

Vinales rasanya mengalami masalah brek. Akibat kibaran bendera merah dalam kejadian ini, perlumbaan Styria MotoGP dihentikan selama beberapa minit. Masih ada baki 12 pusingan lagi.

Setelah disambung semula, Mir dan Miller segera melangkah dan bersaing di dua kedudukan utama. Pol Espargaro membayangi mereka berdua. Nakagami malah semakin ke belakang sehingga ke kedudukan ketujuh.

Dengan baki lapan pusingan, Pol Espargaro memintas Mir. Jack Miller masih berada di depan untuk memimpin perlumbaan.

Pol Espargaro kemudian berjaya memimpin perlumbaan dengan baki enam pusingan.

Miller berada di kedudukan kedua, diikuti oleh Miguel Oliveira dan Andrea Dovizisio. Mir semakin ke belakang dan berada di kedudukan kelima.

Pusingan terakhir MotoGP Styria 2020 menampilkan drama lewat.

Ini selepas Miguel Oliveira melakukan pecutan selekoh akhir untuk kemenangan dengan mengatasi Miller dan Pol Espargaro yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga! Ini adalah podium dan juga kemenangan pertama Oliveira!

Lihat Aksi double overtake daripada Oliveira di sini, bagaimana dia mencucuk dari belakang dan menunggu dengan sabar lawannya melakukan kesilapan.

Aksi itu pasti akan dikenang selamanya oleh Oliveira.

Nah kedudukan penuh:

1. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)

2 Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20)

3 Pol Espargaro SPA Red Bull KTM Factory (RC16)

4 Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)

5 Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20)

6 Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)

7 Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V)

8 Brad Binder RSA Red Bull KTM Factory (RC16)

9 Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1)

10 Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)

11 Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20)

12 Aleix Espargaro ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP)

13 Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1)

14 Johann Zarco FRA Reale Avintia Ducati (GP19)

15 Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1)

16 Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)

17 Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V)

18 Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V)

19 Bradley Smith GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP)

20 Michele Pirro ITA Ducati Team (GP20)

21 Tito Rabat SPA Reale Avintia Ducati (GP19)

– Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1)

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di