[VIDEO] Dubravska Melakukan Slam Dunk Own Goal

Separuh masa pertama antara Sepanyol dan Slovakia telah mengubah kredibilti Dubravska daripada hero kepada zero dalam sekelip mata.

Dubravska melakukan penyelamatan cemerlang menafikan penalti Alvaro Morata pada minit ke-12.

18 minit kemudian, beliau melakukan jaringan sendiri yang paling pelik. Dubravska seolah olah melakukan slam dunk untuk menyumbat bola masuk.

Pada awalnya percubaan daripada tersebut terkena palang. Dubravska bingkas bangkit dan cuba menyelamatkannya.

Namun dia kemudian gagal menepis keluar bola tersebut. Dubravska memutuskan untuk menampar bola tersebut berbanding dengan menolaknya.

Dan ini yang berlaku:

Dan macam buat spike main bola tampar pun ada dah ni ruper dia:

Jaringan sendiri itu menjadikan Dubravska sebagai penjaga gol pertama yang menyelamatkan penalti dan menjaringkan gol sendiri dalam sejarah Euro.

Dan ianya merupakan jaringan sendiri ketujuh dalam edisi Euro 2020 ini. Menyamai rekod terkumpul dalam 5 edisi terakhir.

 

Baca yang lain