[VIDEO] Fairplay! Neymar Tak Lupa, Dan Giliran Beliau Tenangkan Alaba

Pada aksi final UCL musim lalu, ketika rakan rakannya yang lain girang meraikan kejayaan menewaskan PSG, David Alaba pula pergi ke arah Neymar untuk menenangkan pemain itu.

Neymar pada ketika itu sangat sedih dan menangis.  Pemain pertahanan Bayern Munich, David Alaba telah menjelaskan mengapa dia bergegas untuk menenangkan Neymar setelah final Liga Juara-Juara.

Neymar mempunyai peluang untuk mencetak gol untuk PSG pada aksi final itu, namun ianya ditepis oleh Manuel Neuer sebanyak beberapa kali.

Alaba diberi pujian kerana semangat kesukanannya pada masa ini, dan dia mengatakan dia menyedari kesedihan yang ditanggung Neymar sebagai salah satu pemain bintang pasukannya.

“Ternyata begitu. Dia pemain yang mempunyai banyak tekanan di bahunya, yang memikul beban yang besar, yang memikul seluruh kelab, “kata Alaba di FC Bayern Podcast.

Alaba menegaskan, peminat bola sepak mahu melihat pemain seperti Neymar tersenyum, daripada berduka:  “Itu penting,” tambahnya. “Kita semua menyukai atlet ini.”

Pada awal pagi tadi, PSG menyingkirkan Bayern dari suku akhir. Bayern menang 1-0 dalam aksi timbal balik. Namun PSG tetap mara kerana kelebihan agregat.

Selepas tamat perlawanan, Neymar bergegas ke arah David Alaba dan menenangkan pemain tersebut.

Gelagat dua pemain itu menarik perhatian peminat bola sepak yang menganggap ianya salah satu detik indah dalam bola sepak. Di mana Neymar tidak lupa akan keperibadian indah Alaba yang menenangkannya sebelum ini.

Kedua dua pemain dilihat bertukar tukar kata kata semangat antara satu sama lain. Kedua dua pemain menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi antara satu sama lain.

Neymar sekali lagi beraksi cemerlang menentang Bayern, dan sekali lagi beliau gagal menembusi Manuel Neuer.

PSG dianggap pasukan pilihan, selain daripada Manchester City, untuk menjuarai UCL musim ini. Neymar sebelum ini sudah menyatakan, UCL merupakan keutamaan mereka setiap musim.

Kerana PSG tidak akan membawa Neymar dan Mbappe jika hanya untuk kejuaraan domestik.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi