[VIDEO] Gatusso Alu Alukan Kedatangan Justin Kluivert Dengan Cekikan Ganas Dari Belakang

Pemain sayap yang dipinggirkan AS Roma Justin Kluivert telah mendarat di Sepanyol dia rasminya menyertai Valencia kendalian Gennaro Gattuso.

Perjanjian tersebut adalah secara pinjaman dengan pilihan untuk membeli secara tetap pada harga €15 juta.

Rundingan ke Fulham gagal

Justin Kluivert sebenarnya dikaitkan dengan Fulham. Rundingan rasmi sudah dibuat. Namun rundingan itu gagal kerana isu berkaitan dengan permit kerja.

Fulham kemudian mendatangkan Daniel James dari Leeds united dan kemudian mendapatkan Willian yang kembali semula ke London.

Kluivert ke Valencia

Kluivert ada beberapa tawaran yang lain di atas mejanya. Dan pemain yang merupakan anak pemain legenda Belanda itu, memutuskan untuk menyertai Valencia.

Valencia dan Roma segera berunding dan mencapai kesepakatan bagi perpindahan secara pinjaman dengan pilihan untuk membeli pada harga €15m.

Disebabkan kontraknya bersama Roma akan tamat pada Jun 2023, dia perlu terlebih dahulu menyambung perjanjiannya dengan pasukan Serie A itu sebelum berlepas ke Sepanyol.

Ketika tiba di kompleks Valencia, Justin Kluivert terus bertemu dengan pengurus berwajah bengis iaitu Gennaro Gattuso.

Gerard Romero berkongsi video dari media Valencia, menujukkan bagaimana Gatusso terus merentap tengkuk pemain itu dari belakang dengan ganas sekali. Sampai berbunyi kena tempik.

Peminat yang melihat video tersebut rasa geli hati. Bagi mereka Gatusso telah menyambut kehadiran pemain baharunya dengan cara yang terpaling Gatusso.

Ada juga yang menyatakan bahawa itu baru permulaan Gatusso mahu mengejutkan Justin Kluivert yang agak ‘mengantuk’ dan lemau dalam beberapa musim kebelakangan ini. Sedangkan dia pernah menjadi prospek panas di eropah.

Saksikan di sini:

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu