[VIDEO] Gol Awal Scott McTominay Dengan Tandukan Syahdu, Di-assist Alex Telles

Share on facebook
Share on twitter

Malam yang indah buat Scott McTominay. Beliau menjadi kapten Man United dalam aksi berdepan Watford – untuk saingan Piala FA.

Dan beliau sekali lagi menjaringkan gol awal untuk pasukannya. Sebelum ini Scott McTominay menjaringkan gol awal dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Kali ini beliau menjaringkan gol awal dalam aksi Piala FA di Old Trafford yang membuatkan Ole Gunnar Solskjaer tersenyum.

Gol minit kelima itu terhasil daripada sepakan penjuru cantik oleh Alex Telles. McTominay bijak bergerak dalam kotak penalti dan mencari ruang untuk dirinya.

Bola singgah di kepalanya dan terus McTominay melakukan tandukan kilas. Bola tersebut melantun di atas padnag dan terus menuju top corner, syahdu je perginya bola itu.

Dengan gol tersebut Man United mendahului seawal minit kelima di Old Trafford

Baca yang lain