[VIDEO] Gol Hasil Dari Skil Sombero Pada Sentuhan Pertama Tak Masuk Akal Mahrez

Riyad Mahrez semalam menjaringkan salah satu gol dengan skil individu luar biasa. Ianya adalah gol yang cukup gila untuk disaksikan.

Mahrez turun dalam tugasan kebangsaan pasukannya. Dan dia telah menyumbang satu gol yang sangat kemas.

Mahrez melakukan sombrero

Di mana Mahrez melakukan sentuhan pertama yang luar biasa dengan tumitnya untuk membuat sombrero – dengan sentuhan pertama.

Trap control yang tidak masuk akal itu membolehkan Mahrez menewaskan pertahanan untuk mencipta situasi satu lawan satu.

Namun Mahrez memilih untuk menggelecek dengan cut inside, sebelum menewaskan penjaga gol.

Lihat aksi sombrero dengan sentuhan pertama menggunakan tumit yang membuatkan bola melintasi kepalanya.

Gol Mahrez itu memang gila. Dan ianya tipikal gol yang berpotensi menjadi calon puskas kerana kekuatan pada teknikal individu dan skil pemain.

Para peminat sangat kagum dengan aksi Mahrez yang diibaratkan telah menghancurkan pertahanan lawan.

Usher Komugisha percaya bahawa Riyad Mahrez baru sahaja menjaringkan gol tercantik pada tahun 2020, dalam baki tahun ini masih ada 45 hari lagi.

Ranks FC pula menyatakan Riyad Mahrez baru membuat kelahiran semula dirinya sebagai pemain paling licik. Dan menyatakan, adalah berbaloi untuk anda meluangkan masa menyaksikan sendiri gol luar biasa itu.

Gol itu merupakan gol kedua Algeria dalam aksi berdepan dengan Zibabwe.

Malang sekali Algeria akan gagal mendapat 3 mata daripada kedudukan pendahulaun 2 gol.

Ini kerana pasukan pelawan bangkit menerusi gol Knowledge Musona dan Prince Dube berjaya menyelamatkan satu mata untuk Zimbabwe.

Tetapi pasukan kebangsaan Algeria tetap kekal di puncak Kumpulan H dan tidak terkalahkan lagi, dengan 10 mata dari empat perlawanan.

Riyad Mahrez adalah pemain yang kini bermain bersama Man City. Beliau menyertai City daripada Leicester selepas membantu The Foxes melakar kejutan menjuarai Liga Perdana Inggeris.

Di Man City, Mahrez sudah memenangi kesemua gelaran domestik bersama dengan skuad bimbingan pengendali Pep Guardiola.

Misi utama Mahrez dan City adalah merampas semula Liga Perdana Inggeris daripada Liverpool dan juga paling penting adalah Liga Juara Juara Eropah.

Di mana Man City masih belum berjaya memenangi kejuaraan kelab Eropah paling beprestij itu di dalam sejarah panjang Manchester City – terutama sekali pada evolusi pak Arab.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di