[VIDEO] Gol Kemenangan Minit Ke-97′ Amad Diallo, Free Kick Ke Top Corner Dengan Keeper Ada Di Sudut Itu

Bintang muda Manchester United, Amad Diallo menjaringkan gol antarabangsa pertamanya untuk Ivory Coast dengan sepakan percuma luar biasa. Ianya juga merupakan gol kemenangan minit akhir masa kecederaan — minit ke-97.

Amad Diallo mulai menjadi perhatian dunia ketika dia dibeli Manchester United pada Januari dari Atalanta dengan yuran perpindahan £37 juta.

Walaupun tidak banyak aksi musim ini, namun Diallo seringkali menunjukkan aksi menarik ketika diberikan peluang.

Pada Mac lalu, Amad Diallo dipanggil menyertai pasukan Ivory Coast buat pertama kali. Beliau kemudian dipanggil sekali lagi pada kali ini.

Beliau kemudian diberikan kaps kedua menentang Burkina Faso – masuk sebagai pemain gantian.

Amad mengukir namanya di pentas antarabangsa dengan gol cantik ke penjuru hujung menerusi sepakan percuma penuh yakin.

Burkina Faso di hadapan seawal minit ke-17 menerusi penyerang Ajax, Lassina Traore.

Amad masuh ketika perlawanan memasuki minit ke-60. Ketika itu pasukannya masih ketinggalan. Beliau kemudian membantu pasukannya bangkit dan mengubah keadaan.

Pada minit ke-72, seorang lagi pemain gantian, Ibrahim Sangare menyempurnakan hantara Max Gradel untuk gol penyamaan.

Ketika aksi seakan akan berakhir seri 1-1, Ivory Coast mendapat sepakan percuma dari luar kotak penalti. Pemain muda itu dengan yakinnya meminta untuk mengambil tugasan itu.

Dia mendapat peluang tersebut dan melakukan sepakan percuma yang tidak mampu diselamatkan oleh mana mana penjaga gol sekalipun.

Paling pelik penjaga gol Burkina Faso berada di belakang benteng dan meminta pertahanan berada di sebelah sudut lagi.

Saksikan di sini:

Cantik bukan?

Amad Diallo antara prospek yang harus diberikan perhatian. Beliau lincah dan berkeyakinan tinggi. Namun bukan mudah untuknya menembusi kesebelasan utama United tanpa usaha yang kuat.

Baca yang lain