[VIDEO] Gol Tiki Taka Thailand Tembusi Blok Vietnam Dalam Masa Kurang 7 Saat

Pasukan kebangsaan Thailand akhirnya berjaya menamatkan rekod tanpa kalah Vietnam ketika bertemu pasukan dari Asia Tenggara ketika skuad Naga Emas itu dibimbing kakek Park Hang Seo.

Thailand menang 2-0 dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2020 yang berlangsung di Stadium Nasional, Singapura.

Sekaligus memberikan kelebihan yang sangat baik untuk Thailand dari segi agregat walaupun kali ini tiada lagi peraturan gol tempat lawan.

Dalam rekod Park Hang Seo, beliau tidak pernah tewas dengan mana mana pasukan ASEAN.

Chanathip Songkrasin menjaringkan dua gol ketika kemenangan sangat bernilai ke atas Vietnam.

Kedua dua gol dicipta pada separuh masa pertama. Gol pertama hadir pada minit ke-14 perlawanan.

Dan gol kedua pula hadir pada minit ke-23. Paling menarik pada gol kedua tersebut ianya dibina dengan permainan corak tiki taka.

Tiki taka merujuk kepada gaya permainan yang banyak menggunakan shoulder feint dan melepaskan hantaran sentuhan pertama kepada rakan.

Berlaku pertukaran hantaran dengan gerakan tanpa bola yang sukar dikekang dalam permainan tiki taka.

Gol Thailand itu menepati syarat tiki taka. Di mana pertahanan Vietnam langsung tidak mampu membendung larian Chanathip. Mereka tidak dapat menghentikan rantaian hantaran pantas Thailand yang dilakukan dengan cara hantaran segera tanpa mengawal bola dengan sentuhan ekstra.

Chanathip memainkan peranan sebagai deep lying forward ataupun false number 9 dalam peranan tersebut.

Dia turun ke bawah ataupun drop untuk menerima hantaran daripada bawah. Killer pass daripada bek tengah disambut dengan kemas di dalam kawasans sempit dan mencari melorongkan kepada Teerasil Dangda dalam keadaan half turn.

Dangda turut melakukan half turn, dan menghantar kepada Chanathip semula. Ketika Vietnam cuba reshape, bola segera dilepaskan kepada Sarach Yooyen.

Dalam keadaan blok rendah Vietnam sudah terpecah, Sarach Yooyen melihat ruang yang sangat cantik di belakang pertahanan dan segera melakukan sentuhan pertama untuk menghantar kepada Chanathip Songkrasin.

Penjaga gol Vietnam mara, namun Chanathip sangat tenang mencari sasarannya tanpa ragu.

Segalanya berlaku dalam sekelip mata sahaja. Menurut perkiraan kami, ianya mengambil masa hanya enam perpuluhan lima kosong saat sahaja – masa yang diambil bola masuk ke gawang daripada momen bola dilepaskan daripada kaki bek tengah.

Saksikan sendiri momen genius secara berpasukan itu.

Cantik dan laju bukan?

Thailand kini berpeluang untuk menamatkan kempen Vietnam pada edisi kali ini. Vietnam merupakan juara bertahan selepas memenangi kejuaraan edisi 2018.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di