[VIDEO] Goosebump! Lihat Penyokong Sporting Tetap Bersorak Walaupun Ketinggalan 5 Gol

Itulah definisi penyokong sejati, tulis seorang netizen di Twitter melihat Tweet Ian Darke yang menunjukkan di mana penyokong Sporting Lisbon terus bersorak memberikan sokongan menaikkan semangat pemain. Walaupun pada ketika itu pasukan mereka sudah 5 gol di belakang Manchester City.

Manchester City berpesta dengan lima gol menentang Sporting CP pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara. Bukan itu sahaja, malah Manchester City mencatatkan beberapa rekod menerusi kemenangan ini.

Pada separuh masa pertama sahaja,  Manchester City sudah mendahului 4-0 menerusi jaringan Riyad Mahrez, Bernardo Silva (dua gol), dan Phil Foden. Raheem Sterling kemudian mengesahkan kemenangan City dengan jaringannya pada separuh masa kedua.

Kemenangan itu bukan sekadar meletakkan sebelah kaki di peringkat suku akhir City of Champions League. Pasukan Pep Guardiola juga mencatatkan beberapa rekod cemerlang daripada perlawanan ini.

Menurut Opta:

– Manchester City telah menjadi pasukan pertama dalam sejarah Liga Juara-Juara yang memenangi lima perlawanan di tempat lawan berturut-turut di peringkat kalah mati.

– Kemenangan 5-0 City menyamai kemenangan dengan margin terbesar dalam perlawanan peringkat kalah mati Liga Juara-Juara. Ini juga merupakan kemenangan terbesar Man City di tempat lawan dalam pertandingan ini.

– Manchester City adalah pasukan ke-14 yang menjaringkan 200 gol dalam Liga Juara-Juara. Mereka melakukannya dalam hanya 97 perlawanan. City juga menjadi pasukan terpantas untuk mencapai angka tersebut

– Raheem Sterling menjaringkan gol ke-24 dalam Liga Juara-Juara. Hanya Wayne Rooney (30) telah menjaringkan lebih banyak gol dalam kalangan pemain asal Inggeris dalam pertandingan ini.

– Riyad Mahrez telah menjaringkan enam gol dalam Liga Juara-Juara pada 2021/2022. Dia menyamai rekod terbaik pemain Manchester City dalam satu musim dalam pertandingan itu.

Di sebalik semua rekod yang dicipta oleh Manchester City itu, para peminat Sporting CP mencuri perhatian ramai. Di mana mereka tidak berganjak dari tempat duduk dan terus bersorak untuk pasukan mereka walaupun ketinggalan 5-0.

Bendera pasukan mereka terus dikibarkan, dan chant terus berkumandang.

Liga Juara Juara Eropah merupakan impian besar Manchester City. Ini kerana mereka sudah mengecapi segala kejayaan domestik, namun masih belum pernah menyimpan trofi big ear itu dalam kabinet trofi mereka.

Manchester City tampil sebagai salah satu pasukan pilihan untuk memenangi edisi UCL kali ini sama seperti musim musim sebelum ini.

Guardiola menyatakan bahawa ada beberapa pemain beliau tidak beraksi dalam prestasi terbaik dalam perlawanan ini. Namun ketajaman mereka di hadapan gol adalah luar biasa sekali.

Dengan prestasi semasa mereka, Man City seolah olah tidak mampu dikalahkan oleh mana mana pasukan.

Dalam satu lagi perlawanan semalam, PSG menewaskan Real Madrid dengan gol masa kecederaan oleh pemain yang dikatakan akan ke Real Madrid musim hadapan iaitu Kylian Mbappe.

Baca yang lain