[VIDEO] Griezmann Dah Ramalkan Mbappe Sertai Newcastle Dan Menang 5 Piala Pada 2027

Newcastle United kini rasminya menjadi kelab dengan pemilik yang paling kaya di dunia.

Mana tidaknya, harta konsortium yang diketuai Putera Salman itu lebih 15 kali ganda lebih banyak daripada Sheikh Mansour.

Antara pemain yang kini dikaitkan dengan Newcastle ialah Kylian Mbappe. Pemain yang masih belum melanjutkan kontrak bersama dengan PSG.

Mbappe malah dikatakan sudah beberapa kali menolak tawaran PSG untuk kontrak baharu.

Jika bercerita tentang perpindahan Mbappe ke Newcastle, pastinya peminat Newcastle berharap simulasi oleh Antoine Griezmann dalam permainan Football Manager beberapa tahun lalu menjadi kenyataan.

Dalam satu video yang kembali tular, Griezmann membentangkan kejayaannya sebagai pengurus kelab Inggeris, Newcastle United.

Griezmann memang seorang yang sangat gilakan permainan FM. Beliau seringkali berkongsi tentang hobinya itu.

Griezmann berkata: “Ni aku nak habaq kat hangpa semua tentang kejayaan aku pada tahun 2027 noh”

“Bersama dengan Newcastle, aku [berjaya menag] Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Liga Juara Juara Eropah, Community Shield, tu diaa. Dan Super Cup!”

“Dengan 5 piala yang aku dapat, betapa hebatnya aku sebagai jurulatih, power nokharomm.”

“Aku menjadi coach legenda dalam bola sepak Inggeris, hang tau tak.”

“Hey Seman, hang habaq kat depa sat.”

Seman: “Boleh tahan mung ni. Boleh tahan rekod mung. 5 piala tu bohh.”

Griezmann: “Hey [Mbappe], aku sign hang untuk Newcastle, aku bayaq EUR134 juta beli hang.”

Mbappe: “Mana?”

Griezmann: “Nukasell”

Mbappe: “Sana tak panas kan?”

Video itu menjadi perhatian peminat sekali lagi, dan ramai yang mahu melihat sama ada simulasi Griezmann itu akan menjadi kenyataan. Pada 2027, Newcastle menang 5 piala terus.

Dan adakah Mbappe akan menyertai mereka? Wow!

Saksikan video itu:

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di