[VIDEO] Ini Salah Pemain Terbaik Oktober

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah dinobatkan sebagai pemain terbaik bulan Ogos oleh EPL.

Ini selepas beliau menunjukkan prestasi cemerlangnya sekali lagi. Sebelum ini ramai berpendapat Salah telah dirompak oleh Cristiano Ronaldo daripada anugerah September.

Lupakanlah pasal benda tu, kerana Salah kali ini tak mampu dirompak sesiapa lagi. Salah menjaringkan 5 gol pada Oktober. Paling diingati adalah hatrik ke atas musuh tradisi, Man United di Old Trafford.

Selain itu, musim ini Salah sudah menjaringkan 2 wonder goal berdepan Watford dan Man City.

Kedua dua gol turut tersenarai dalam calon gol tercantik bulanan. Malah dikatakan dalam senarai calon gol tercantik musim ini.

Salah berterusan mencipta rekod baharu Liverpool pada musim ini. Beliau malah sedang bertarung dengan rekod peribadinya pada musim pertama bersama Liverpool.

Ini merupakan kali keempat Mo Salah menerima anugerah Pemain Terbaik Bulanan PL sejak kali pertama pada November 2017. Diikuti Februari dan Mac 2018.

Salah terlibat dalam 9 gol liga untuk Liverpool pada Oktober dengan 2 kemenangan dan 2 seri. Pemain berusian 29 tahun itu menewaskan calon seperti Phil Foden, Aaron Ramsdale dan Ben Chilwell

Saksikan montaj yang sudah disediakan PL untuk menghargai aksi cemerlang Salah pada bulan Oktober.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di