[VIDEO] Jaringan Lewat Masa Kecederaan Carvalho Sempurnakan Kebangkitan 2-1 Liverpool

Liverpool menjamu kunjungan Newcastle United di Anfield. Skuad Jurgen Klopp masih segar dengan kemenangan besar 9-0 ke atas Bournemouth.

Namun lawan mereka, Newcastle ternyata memiliki kualiti yang berbeza. Skuad Liverpool memulakan perlawanan dengan penguasaan yang tinggi namun tidak cukup laju dan tajam di zon serangan.

Skuad Jurgen Klopp gagal menghadirkan ancaman bahaya sepanjang 45 minit pertama. Walaupun mereka memiliki peluang terbaik menerusi Luis Diaz.

Liverpool sebaliknya di belakang pada minit ke-38, apabila pemain debut, Alexander Isak menjaringkan gol pertamanya untuk Newcastle.

Isak menerima hantaran Longstaf dalam kedudukan di mana Jordan Henderson tidak melakukan track back, dan Isak mendapat ruang yang selesa untuk menewaskan Alisson.

Pada lewat separuh masa pertama, Liverpool banyak diberikan sepakan penjuru. Namun tidak satu pun yang benar benar bahaya.

Tamat separuh masa pertama Liverpool 0 Newcastle 1.

Bersambung separuh masa kedua, Liverpool berjaya medapatkan gol penyamaan pada minit ke-61 menerusi Roberto Firmino yang menyudahkan lorongan kemas Mohamed Salah.

Firmino melanjutkan rekod gol beliau selepas menjaringkan dua gol berdepan Bournemouth dalam perlawanan sebelum ini.

Pada minit ke-79 dan ke-80, Luis Diaz melakukan dua percubaan bahaya ke gawang Newcastle, tetapi masih gagal untuk menewaskan Nick Pope.

Liverpool memiliki satu lagi peluang pada minit ke-83, malangnya percubaan Fabinho melambung tinggi.

Pegawai keempat perlawanan meberikan masa tambahan 5 minit untuk kedua dua pasukan.

Dengan pemain pemain Newcastle yang dilihat cuba melengahkan perlawnaan, serta rawatan yang diterima oleh Nick Pope, maka pengadil memutuskan untuk memberikan beberapa minit lagi masa tambahan daripada masa tambahan yang ada.

Ketika Liverpool kelihatan bakal keciciran mata sekali lagi, mereka mendapat peluang terakhir menerusi sepakan penjuru.

Dan daripada situasi pergelutan di hadapan gawang gol, Fabio Carvalho sempat mencuri kesempartan dengan merembat deras ke dalam gawang.

Liverpool akhirnya meraikan kemenangan dengan gila sekali di Anfield.

Liverpool 2 Newcastle 1.

Baca yang lain