[VIDEO] Kad Merah Pertama Ramos Selepas Melagakan Punggungnya Pada Lawan

Sergio Ramos dan kad merah ibarat kisah Romeo dan Juliet. Memang sinonim dan sherashi bak kata Ajai.

Walaupun sudah tidak lagi berada di Sepanyol, Ramos tetap Ramos. Di mana sahaja dia berada, dia pasti akan dekat dengan kad merah.

Bekas kapten Real Madrid itu hanya memerlukan 175 minit daripada 3 perlawanan untuk mendapatkan kad merah pertamanya di negara Perancis itu.

Seringkali dianggap sebagai salah seorang pertahanan paling kotor dan di satu perspektif lagi dianggap pakar dalam seni hitam ataupun dark art dalam bola sepak.

Dalam kariernya Sergio Ramos sebelum ini sudah mendapat 26 kad merah dalam 16 musim bersama dengan Real Madrid.

Dan kutipan kad merah Ramos di PSG baru sahaja bermula dalam aksi berdepan dengan pasukan bergelut dengan penyingkiran iaitu Lorient.

Ramos kutip kad merah selepas 4 minit daripada kad kuning pertamanya

Ramos masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua dalam aksi tersebut. Sergio Ramos mendapat kad kuning pertama beliau pada minit ke-81. Empat minit kemudian, Ramos mendapat kad kuning kedua bermaksud kad merah untuk pemain tersebut.

Ianya kerana Ramos telah menjatuhkan Terem Moffi dengan menanam dirinya untuk melagakan punggungnya pada pemain tersebut yang cuba melepasi Ramos dengan skil dan kepantasannya.

Selepas melakukan aksi nakal itu Ramos kemudian memberikan reaksi bahawa dia sebenarnya telah dikasari dan Ramos mengerang kesakitan.

Namun pengadil tidak teperdaya dengan aksi Ramos itu dan melayangkan kad kuning kedua untuk bekas kapten Real Madrid itu.

Dengan itu Ramos akan digantung dalam aksi pertama pada kalendar tahun 2022 menentang Lyon.

Ramos pura pura terkejut dengan kad kuning kedua itu. Padahal dia sudah tahu harga yang dia harus bayar untuk kesalahan itu.

Saksikan di sini detik tersebut:

Perlawanan berakhir dengan seri 1-1. PSG hampir sahaja dimalukan oleh Lorient. Mujur Mauro Icardi menjaringkan gol penyamaan minit akhir untuk mengelak daripada dimalukan.

Pada Februari, Ramos akan turun berdepan kelab lamanya Real Madrid. Itupun jika beliau tidak mengalami kecederaan.

Sejak musim lalu, Ramos berdepan dengan kecederaan yang membuatkannya kerap disisihkan.

Di PSG sahaja, Ramos baru pulih selepa rehat 3 bulan kerana kecederaan di betisnya.

Ramos sedia berdepan Real Madrid

Aksi berdepan dengan Real Madrid dianggap Ramos sangat emosional. Ditambah pula dengan Ramos yang sebelum ini tak berkesempatan mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong di Santiago Bernabeu.

Beliau sangat sedih ketika mengumumkan dia terpaksa meninggalkan kelab tersebut. Ramos malah mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah sedia menerima syarat Real Madrid. Malang sekali Real Madrid memberitahu bahawa rundingan antara kelab dengan Ramos sudah melepasi tarikh luput.

Berlinangan air mata Ramos mengenangkan nasibnya yang selepas ini terpaksa memakai jersi lain selain Los Blancos.

Ramos bagaimanapun menyatakan bahawa dia akan mempertahankan PSG dengan sepenuh hatinya sampai mati walaupun dia sayangkan Real Madrid.

Ramos menjadi kapten yang membantu Real Madrid menikmati beberapa kejayaan dalam UCL dan juga kejuaraan La Liga.

Sergio Ramos mencatatkan namanya sebagai salah seorang kapten terbaik Real Madrid berdasarkan kejayaannya menjulang piala untuk kelab tersebut.

Ramos kemudian gagal mendapatkan kontrak baharu di Real. Membuatkan Ramos terpaksa pergi dan menerima tawaran dari PSG.

Ketika di PSG, Ramos bergabung dengan Lionel Messi yang sebelum ini menjadi musuh sejatinya di Sepanyol.

Kedua dua mereka bekas kapten el clasico untuk Real dan Barca.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di