[VIDEO] Keane Dah Tak Sanggup Dan Geram Ole Asyik Turunkan Fred

Legenda Man United, Roy Keane secara langsung menyatakan bahawa dia sudah tak sanggup lagi melihat aksi Manchester United.

Beliau turut mempersoalkan Ole Gunnar Solskjaer yang terus menurunkan Fred. Sebelum ini Keane sudah berkali kali mempersoalkan pemilihan Fred di posisi DM.

Kerana menurutnya, Fred adalah liabiliti ketika bertahan walaupun dia bagus ketika menyerang.

Dalam ulasannya tentang aksi Manchester Derby antara Man United dan Man City, Keane malah memberikan amaran selepas tamat separu masa pertama.

Di mana menurut beliau ketika rehat separuh masa pertama, jika Man United tak melakukan perubahan drastik, dia risau Man United akan dibelasah 4 atau 5 gol oleh City.

Mujur itu tak berlaku. Kerana Man City ternyata tidak terlalu agresif pada separuh masa kedua dan memfokuskan kepada penguasaan bola.

Keane meroyan di dalam siaran langsung Keane berkata: “Mereka ni semua pemain pemain kebangsaan negara masing masing. Saya tak faham macamana mereka bertahan. Saya dah tak sanggup lagi dah.”

“Saya agak yakin sebelum ini memikirkan, Oh Man United akan ada peluang, mereka kan bermain di tempat sendiri. Tapi tak! Mereka dah main macam hanat macam ni sepanjang musim ni. Membuang peluang peluang yang ada.”

“City pula ada rasa sedikit angkuh dan memberikan mereka satu dua peluang.”

“Dah dua dah ni (separuh masa pertama), kalau diorang tak berubah secara drastik, habis mereka ni kena 4 atau 5 gol nanti.”

Keane menyatakan bahawa City adalah pasukan yang berada di kelas berbeza berbanding dengan United dan hanya bermain main dengan United.

Sambil beliau menganggap McFred (McTominay dan Fred) sebagai tak cukup bagus untuk bermain dalam pasukan United.

Seterusnya, Keane berkata, kalau dia melihat Ole lalu di depan dia, dia akan merentap baju Ole dan bertanya: “Kenapa kamu menurunkan Fred?”

“Kenapa kamu mainkan Fred di tengah padang, posisi yang sangat penting untuk Man United.”

Aksi antara Manchester United dan City berakhir dengan kemenangan memihak City 2-0.

Ini adalah kekalahan keempat Man United pada musim ini. Dalam usaha mereka cuba merampas kejuaraan liga dari tangan City.

Mana tidaknya, Man United memiliki bintang yang dimahukan Ole seperti Ronaldo, Sancho dan juga Varane pada musim ini.

Maka tidak ada alasan untuk United tidak mencabar kejuaraan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di